Pengawal pantai Libya berjaya patahkan cubaan 299 pendatang tanpa izin

TRIPOLI: Pengawal pantai Libya berjaya mematahkan cubaan 299 pendatang tanpa izin dari negara sub-Sahara Afrika yang mahu memasuki negara itu menggunakan dua bot getah, Khamis lalu.

Pihak berkuasa berkata, pendatang terbabit dipintas berhampiran bandar Zliten oleh kapal pengawal pantai.

Bahagian barat perairan Libya menjadi pintu pelepasan utama pendatang tanpa izin yang cuba memasuki Eropah dengan menaiki bot, kebanyakannya lari daripada konflik dan kemiskinan.

Cubaan menyeludup masuk itu menurun mendadak Julai lalu apabila kumpulan bersenjata di hab penyeludupan Sabratha menyekat pelepasan pendatang.

Tekanan diberi Itali dan negara Eropah lain menyebabkan pengawal pantai Libya semakin aktif melakukan rondaan dan memintas pendatang sebelum tiba ke kapal bantuan antarabangsa.

Sehingga 24 Oktober lalu, lebih 18,800 pendatang dipintas, menurut Pertubuhan Penghijrahan Antarabangsa (IOM) dengan lebih 111,000 sampai ke Itali, majoritinya dari Libya. – Reuters

Sumber – bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *