Pengedar dadah latih remaja 16 tahun jual dadah

DUA remaja tercicir persekolahan antara tujuh individu yang ditahan AADK dalam operasi di Taman Keladi, Taman Mewah dan Flat Paya Nahu, di Sungai Petani.

Pegawai AADK Kuala Muda, Shamshuri Yusoff, berkata dalam operasi bermula 10.30 pagi dan berakhir pada kira-kira 6 petang semalam.

Katanya, tujuh anggota terbabit dalam operasi itu.

Menurutnya, mereka menahan dua remaja 16 tahun sedang mengambil dadah beramai-ramai di rumah di Taman Keladi.

“Ketika serbuan dilakukan, semua suspek remaja itu sedang menghisap dadah.

“Ketika serbuan dijalankan, kami turut menahan individu dipercayai tokan dadah bersama dadah dipercayai syabu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, suspek pengedar dadah berusia 26 tahun itu dipercayai melatih remaja terbabit bagi tujuan menjual dadah.

Katanya, suspek yang ditahan diserahkan kepada pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, beliau berkata, semua suspek yang ditahan berusia 16 hingga 33 tahun.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati enam positif dadah jenis opiat dan methamphetamine.

“Semua mereka dibawa ke Pejabat AADK Kuala Muda untuk tindakan lanjut dan akan disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan ) 1983,” katanya.

Sumber – hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *