Pengurusan Kes rasuah Guan Eng ditetapkan pada 15 Mac 2018.

GEORGE TOWN – Sesi pengurusan kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menuduh Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon menerima sejumlah suapan ditetapkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 15 Mac tahun hadapan.

Ketetapan Hakim, Y.A. Datuk Hadhariah Syed Ismail mengambil kira proses rayuan lanjut pihak pendakwaan yang masih berjalan di peringkat Mahkamah Persekutuan.

“Tunggu keputusan di Mahkamah Persekutuan sebelum menetapkan tarikh perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

“Tanpa keputusan di Mahkamah Persekutuan, kes ini tidak boleh diteruskan,” jelas Datuk V. Sithambaram, peguam kepada Li Koon kepada pemberita di luar Kamar Mahkamah Tinggi 2 di sini pada pagi ini.

Difahamkan, pihak pembelaan pada 7 Ogos lalu meraikan ‘kemenangan’ apabila Mahkamah Rayuan memutuskan peruntukan Seksyen 62, Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang mengkehendaki seseorang tertuduh memfailkan pertahananannya sebelum perbicaraan sebagai tidak sah dan terbatal.

SPRM dalam kenyataan media pada 8 Ogos menganggap keputusan terhadap kedua-dua tertuduh adalah tidak jelas, lalu mengemukakan rayuan ke peringkat Mahkamah Persekutuan.

“Ini adalah rujukan kes, buat kali pertama Syeksyen 62 Akta SPRM ini dicabar sebagai tidak berperlembagaan,” tambah Sithambaram lagi.
Peguam, R.S.N. Rayer yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima mewakili Guan Eng pada pagi tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *