Penyebaran Ajaran Sesat kini guna media sosial

Ajaran sesat bukanlah perkara baru yang berlaku di Malaysia, ajaran sesat ini mula mendapat perhatian dengan wujudnya ajaran Ayah Pin di Terengganu. Kini, amalan ajaran sesat ini juga sudah semakin berleluasa.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Syed Abas Syed Ali mengingatkan seluruh lapisan umat Islam di negeri ini khususnya di kawasan pantai timur agar sentiasa peka dan tidak memandang ringan kegiatan ajaran sesat ini.

Menurutnya, Majlis Fatwa Negeri Sabah telah menfatwakan 16 ajaran atau fahaman bertentang dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Daripada 16 ajaran dan fahaman itu, ajaran Qadiani yang dipelopori kumpulan Ahmadiah Qadiani. Ajaran sesat lain termasuk kumpulan Al-Arqam, Syiah, Hizbut Tahrir, Millah, Abraham dan Tarikat Hasaniah.

“Sehubungan itu, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan berkaitan agama Islam di Sabah perlu bersatu dan mempelbagaikan kaedah memberi pemahaman mengenai ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah secara konsisten,” katanya.

Beliau mengatakan amat penting masyarakat kita memberi kerjasama membendung kegiatan ini. Fahaman ajaran sesat atau ekstrimis seperti Isis dan Daesh yang dikesan cuba memesongkan akidah dan mempengaruhi umat Islam untuk berjuang di landasan yang salah.

Halangan umat Islam untuk menangkis fahaman ajaran sesat ini semakin sukar apabila ajaran sesat ini dikesan mula disebarkan menggunakan media sosial.

“Cabaran umat Islam dalam mendepani ajaran sesat begitu getir kerana mereka (sesat ajaran) kini menggunakan pendekatan melalui kemajuan teknologi maklumat yang semakin pantas berkembang,” katanya.

Oleh itu, semua pihak perlu bersatu menentang serangan ajaran sesat ini bukan sahaja dengan cara konvensional tetapi juga melalui media sosial seperti Facebook, Twitter dan laman sosial popular yang lain.

Antara cara untuk mencegah supaya masyarakat terutamanya Umat Islam tidak terjebak dengan ajaran sesat ini boleh dilakukan melalui dakwah atau penyampaian majlis ilmu, mendekati kelompak melalui seminar dan alternatif lain seperti penyampaikan menerusi media sosial.

Apapun, rakyat Malaysia perlu berhati-hati dengan penyebaran pelik yang berkaitan dengan agama di dalam media sosial. Penyebaran ini dikhuatiri adalah untuk menyesatkan umat islam. – utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *