Perlantikan Guan Eng bukti demokrasi sudah mati didalam DAP

Meskipun pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP telah diadakan semula dan keputusannya diumumkan semalam, namun pemilihan semula kali kedua ini tidak mendapat sambutan dari perwakilan dan dipertikaikan.

Beberapa bekas anggota DAP menyifatkan perlantikan Lim Guan Eng membuktikan demokrasi sudah “mati” didalam parti dan juga mengamalkan diskriminasi. Mereka menyifatkan Guan Eng tidak layak bertanding dan dicalonkan semula kerana terlibat dengan skandal rasuah.

Malah, mereka juga mengkritik DAP apabila tiada sebarang tindakan langsung diambil terhadap Guan Eng yang terlibat dengan isu itu dan juga dihimpit dengan pelbagai kontroversi yang jelas memberi kesan terhadap imej DAP.

“Lim Guan Eng tidak sepatutnya bertanding dalam pemilihan CEC itu kerana dia sedang menghadapi pertuduhan kerana ini akan mencemarkan imej parti,” kata bekas anggota DAP Seputeh Tony Tan.

“Saya dipecat kerana mempertahankan hak-hak kaum India dalam DAP. Di manakah demokrasi dalam DAP?” kata bekas Pengerusi DAP Pantai Sepang Putra R. Vellasamy.

Sebelum ini, Perwakilan DAP Cawangan Bagan Luar, G Asoghan menempelak Guan Eng yang tetap mahu bertanding. Beliau menyifatkan tindakan Guan Eng itu sebagai memalukan dan mencemarkan imej parti.

“Semua orang tahu Guan Eng sedang berhadapan dengan pertuduhan rasuah di mahkamah.

“Jadi mengapa tetap mahu bertanding?.

“Guan Eng sepatutnya mematuhi prinsip Cekap, Telus dan Akauntabiliti (CAT) yang diperjuangkan beliau selama ini. Tetapi nampaknya CAT sudah mati,” katanya. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *