Peruntukan RM 10 juta untuk lindungi alam sekitar di P.Pinang tak mencukupi

Kerajaan DAP Pulau Pinang digesa utamakan pelaksanaan projek mitigasi banjir, ia bagi memastikan rakyat negeri Pulau Pinang tidak perlu lagi terkesan akibat banjir yang kini sering berlaku, kata Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid.

Malah, beliau juga menggesa Kerajaan DAP Pulau Pinang harus mengkaji semula penguatkuasaan sekurang-kurangnya empat akta berkaitan, ia bagi antara kaedah untuk mengatasi bencana alam itu terus berulang.

“Kerajaan negeri dalam keghairahan untuk membangunkan Pulau Pinang telah mengetepikan pandangan dan bantahan rakyat. Saya kasihan kepada YB (Yang Berhormat) Tanjung Bungah dan lain-lain, termasuklah Penanti yang tak putus-putus bersuara tentang banjir dan isu rakyat.

“Kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) buat pekak. YB dulu terpaksa akur dengan arahan parti hingga tak sokong usul kami tetapi kali ini ikut kata hati dan sokong usul BN (Barisan Nasional) berkaitan banjir,” katanya.

Dalam pada itu, Jahara menyifatkan peruntukan RM10 juta yang dibentangkan dalam Bajet 2018 Pulau Pinang untuk perlindungan lereng bukit bersama kajian perubahan iklim adalah tidak mencukupi dan terlalu kecil.

“Ia juga terlalu lewat setelah 10 tahun memerintah dan 119 kali banjir serta hilang 11 nyawa (dalam insiden tanah runtuh di Tanjung Bungah). Kerajaan negeri perlu serius dalam usaha untuk menangani dan mengelak masalah banjir di negeri ini.

“Kenapa kerajaan negeri memandang serong ke atas usaha Penang Forum? Mereka menyuarakan masalah dan kebimbangan rakyat, sepatutnya usaha mereka membantu menganalisis masalah banjir dan tanah runtuh dengan pakar dalam bidang berkenaan dihargai,” katanya.

Selama ini kerajaan negeri sering melaung-laungkan slogan ‘Bersih, Hijau dan Selamat’ kononnya untuk menunjukkan negeri itu bersih, namun itu hanya sekadar slogan kosong dan tidak bermakna.

Ini kerana Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati 10 daripada 24 sungai di negeri ini tercemar, sejak 2011 lalu.

“Ia membabitkan enam sungai diklasifikasikan Kelas 4 dalam Indeks Kualiti Air, manakala sembilan adalah separuh tercemar dan hanya lima sahaja yang bersih. Ini akan memberi kesan negatif dan kemusnahan dan menjejaskan ekosistem.

“Laporan JAS juga mendapati kandungan E-Coli paling tinggi di Kuala Sungai Pinang, Jelutong; Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau; Kuala Sungai Perai dan Kuala Sungai Juru, iaitu pencemaran bakteria dan najis manusia serta haiwan yang datang daripada buangan domestik dan industri.

“Tambakan laut pula telah memusnahkan 70 peratus hutan paya bakau, manakala pantai putih indah menjadi kawasan berselut. Senario ini memberi kesan buruk kepada rakyat di negeri ini, terutamanya penggemar makanan laut,” katanya.

Antara akta yang perlu dikaji semula:

1. Akta Pemeliharaan Tanah 1960

2. Pelan Dasar Kawalan Perancangan dan Pembangunan 19663.

Kuatkuasakan sepenuhnya garis panduan manual

– Saliran Mesra Alam Edisi Ke-2 (MSMA)

– Garis panduan membabitkan sungai dan rizab sungai

– Integrated Shoreline Management 2010

– Garis Panduan TPS 1/97 Kawalan Hakisan berikutan daripada pembangunan di kawasan pantai4. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *