PKR Pulau Pinang mahu Rashid Hasnon jadi YDP MAINPP yang baru.

Berikutan khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir Mohd Salleh Man sebagai Yang Di Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), dijangka tamat pada 31 Disember ini, PKR Pulau Pinang sudang mencalonkan seorang pemimpin negeri, Timbalan Ketua Menteri 1 Mohd Rashid Hasnon untuk jawatan tersebut.

Menurut sumber, nama Saifuddin Nasution yang digembar gemburkan sebelum ini untuk jawatan berkenaan, sebenarnya dicadangkan oleh Anwar Ibrahim melalui sepucuk surat dari Sungai Buloh.

PKR negeri dikhabarkan tidak bersetuju dengan cadangan Anwar memandangkan Saifuddin bukanlah pemimpin negeri Pulau Pinang dan Saifuddin juga dikatakan tidak mempunyai hubungan baik dengan pemimpin-pemimpin tempatan.

Yang Dipertua MAINPP adalah ketua agama Islam di negeri tanpa sultan seperti Pulau Pinang dan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Salleh Man adalah satu-satunya ADUN PAS di Pulau Pinang tetapi mempunyai hubungan rapat dengan pentadbiran kerajaan negeri pimpinan DAP.

Perlantikan Salleh juga dibuat oleh kerajaan negeri bagi menutup kecaman pelbagai pihak sebelum ini yang mendakwa PAS dipinggirkan dari barisan pentadbiran Pulau Pinang.

Dan apabila PAS mengambil keputusan untuk keluar dari Pakatan Rakyat kerana tidak bersetuju dengan polisi diktator DAP, Salleh Man memilih untuk kekal didalam pentadbiran negeri walaupun didesak meletakkan jawatan.

Sebelum ini, Pas menggesa rakyat Pulau Pinang agar membuat perubahan dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dengan menolak DAP di negeri itu.

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat Muhammad Khalil Abdul Hadi, mendakwa DAP jelas anti-Islam kerana banyak membuat keputusan yang bertentangan dengan sensitiviti umat Islam seperti menyokong Pesta Arak dan juga LGBT.

“Marilah bersama-sama kita berazam untuk membuat perubahan.Ini seruan kita kepada rakyat Pulau Pinang. Kena buat perubahan. Di Pulau Pinang sudah cukuplah DAP. Kena ubah.

“DAP ini anti-Islam, jelas-anti Islam. Begitu juga dalam negara kita. Kita kena rehatkan Umno-BN,” katanya katanya. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *