Polis Britain buru lelaki curi batu permata bernilai RM5.45 juta

LONDON: Polis Britain memburu seorang lelaki yang mencuri batu permata bernilai AS$1.3 juta (RM5.45 juta) dari sebuah bagasi dalam kereta api di stesen Euston, di sini.

Pemilik bagasi berkenaan, pedagang barang kemas berusia 35 tahun, menaiki tren ke Birmingham pada 8 November lalu tetapi apabila tiba di Rugby di tengah Englad, beliau mendapati bagasi yang mengandungi delima, zamrud dan nilam tiada lagi di atas rak.

Polis menyiarkan imej lelaki yang dicari mereka.

“Saya mahu bercakap dengan lelaki dalam imej kamera litar tertutup mengenai kes kecurian bagasi bernilai tinggi ini.

“Bagasi itu besar, berwarna hitam dan mengandungi lebih 40 batu pertama seperti delima, zamrud dan nilai,” kata jurucakap Polis Pengangkutan Britain, Detektif Sarjan Nick Thompson. – REUTERS

Sumber –bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *