Populariti Guan Eng merudum akibat dakwaan rasuah

Setelah berdolak-dalik dengan pelbagai alasan untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebelum ini, semalam parti DAP akhirnya telah mengadakan pemilihan semula CEC itu buat kali kedua.

Pemilihan semula CEC itu tidak menunjukkan sebarang perubahan kerana Dinasti Lim tetap berkuasa dalam DAP. Tiada perubahan besar, hampir semuanya muka lama. Namun bagaimanapun jika dilihat jumlah undi menunjukkan Dinasti Lim semakin merosot dan tidak popular.

Sebaliknya, anak mendiang Karpal Singh, Gobind Singh Deo dilihat berjaya meraih undi kedua tertinggi jika dibandingkan sebelum ini Lim Guan Eng semasa pemilihan tahun 2014 mendapat tempat kedua dibelakang bapanya, Lim Kit Siang.

Kit Siang memperoleh jumlah undi sebanyak 1,199 diikuti rapat oleh Gobind dengan jumlah undi 1,198 manakala Guan Eng memperoleh undi sebanyak 1,180.

Keputusan pemilihan semula CEC ini juga menunjukkan populariti Guan Eng yang juga merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang semakin merudum. Kenapa jadi macam ini?

Populariti Guan Eng merudum akibat terlibat dengan skandal rasuah dan pelbagai isu kontroversi lain lagi. Ramai perwakilan yang tidak bersetuju dan menganggap Guan Eng tidak layak dicalonkan semula dan bertanding. Penglibatan Guan Eng hanya menjejaskan imej DAP.

Ini berbeza dengan Gobind yang jauh lebih bersih dan bebas dari sebarang isu termasuk rasuah. Ini menunjukkan perwakilan semakin benci dan tidak lagi menaruh kepercayaan kepada Dinasti Lim.

Jika Karpal Singh masih hidup, sudah lama Guan Eng dipecat. Ini kerana beliau tidak suka pemimpin yang terlibat dengan skandal rasuah.

Pemilihan semula CEC ini juga menyaksikan kemasukan dua muka baharu iaitu bekas Exco Selangor, Ronnie Liu dan Ahli Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar.

Di samping itu, satu-satunya wakil Melayu dipilih mewakili CEC ialah Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dengan jumlah undi 649 yang berada pada kedudukan kedua terakhir. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *