Putera Arab Saudi maut helikopter dinaiki terhempas di sempadan Yemen

PUTERA Arab Saudi maut selepas helikopter dinaikinya bersama beberapa pegawai lain terhempas berhampiran sempadan Yemen.

Stesen televisyen, Al-Ekhbariya mengumumkan kemangkatan Putera Mansour Moqren yang juga naib gabenor Asir dan anak kepada bekas tengku makhkota negara itu.

Bagaimanapun, ia tidak mengumumkan punca nahas itu atau nasib pegawai lain.

Kejadian itu berlaku sehari selepas Arab Saudi memintas dan memusnahkan peluru berpandu balistik yang dilancarkan dari Yemen dalam peningkatan perang kerajaan Arab Saudi terhadap pemberontak Houthi, Sabtu lalu.

Semalam, Arab Saudi mengumumkan ganjaran sehingga $30 juta (RM127 juta) bagi sebarang maklumat yang dapat menolong mengesan atau menahan dalang dan perancang serangan itu.

Sumber – hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *