Rahsia Besar Berselawat Yang Ramai Tak Tahu..

Firman Allah SWT yang bermaksud “Sesungguhnya ALLAH dan malaikatNya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya.” (Surah Al-Ahzab: 56)

Apa yang dimaksudkan Allah SWT berselawat ke atas Nabi ialah, pujian Allah SWT kepada Rasulullah serta Allah SWT menyebut-nyebut nama Rasulullah di sisi malaikat di langit tujuh yang paling hampir kedudukannya dengan Arasy Allah SWT.

Nabi SAW Bersabda: “Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali selawat maka Allah SWT akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat”. – (Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad)

Amalkanlah selalu membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW kerana ianya adalah sebahagian daripada ibadah, termasuklah melaksanakan perintah Allah SWT. Seperti yang terdapat dalam hadis-hadis yang sahih, selawat merupakan pembuka hijab bagi seorang hambanya kepada Allah SWT.

Oleh itu, bagi sesiapa yang mahu doanya cepat dikabulkan, hendaklah selalu memuji Allah SWT dan berselawatlah kepada Rasulullah SAW dalam setiap doa, tak kisahlah pada awal ataupun akhir bacaan. Sebaiknya dimulakan dengan kalimah Alhamdulillah dan berselawat.

Selawat juga boleh menjadi pengantara (wasilah) dalam mendekat diri (taqarrub) pada Allah SWT. Misalnya baca “Allahumma inniy as aluka wa atawajjahu ilaika wa atawassalu ilaika binabiyyikal amin nabiyyur rahmah, Yaa Muhammad, inni atawassalu bika ila robbi lituqdho li hajati….” (sebutkan hajat).

Maksudnya..“Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dan aku bertawajjuh (menghadap) kepada-Mu dan aku bertawassul kepada-Mu dengan Nabi-Mu nabi yang rahmat, wahai Muhammad sesungguhnya aku bertawassul dengan-mu kepada Tuhanku (Allah) supaya ditunaikan hajatku ini… (nyatakan hajat anda).

Secara umumnya ada banyak jenis selawat yang terdapat dalam dunia ini antaranya selawat yang ditulis sendiri oleh Nabi Muhammad SAW (Selawat Matsuroh) ataupun Selawat yang telah ditulis oleh para ulama’ soleh berdasarkan kebesaran ilahi lalu mereka menghasilkan puji-pujian (selawat) yang indah. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *