Rahsia Buah Tembikai Untuk Hilangkan Jerawat Di Muka

Jerawat merupakan salah satu masalah kulit yang paling ditakuti terutamanya pada orang perempuan. Pengambilan makanan yang tidak sihat juga akan mengakibatkan pertumbuhan jerawat. Selain daripada itu persekitaran yang kotor, tidak mendapat rehat yang cukup dan stress juga adalah menjadi punca kulit muka ditumbuhi jerawat.

Seperti yang kita tahu, terdapat pelbagai jenis produk kecantikan yang terdapat di luar sana mungkin dapat membantu menyelesaikan masalah ini, tetapi sudah semestinya kena keluarkan belanja yang mahal. Pernahkah anda terfikir dengan menggunakan bahan semulajadi anda tidak perlu pun berbelanja mahal untuk merawat jerawat.

Jangan tak percaya ya, produk dari bahan semulajadi sebenarnya telah mendapat lebih banyak perhatian daripada produk kecantikan lain. Ini kerana bahan yang digunakan adalah dari sumber alam dan pastinya tidak akan memberi kesan sampingan pada kulit anda.

Mungkin ramai diantara kita pernah mendengar penggunaan lemon, limau nipis ataupun air garam dapat mengubati masalah jerawat. Tetapi tahukah anda, buah tembikai juga sangat bagus untuk merawat masalah kulit ini.

Tembikai adalah buah yang kaya dengan air, vitamin A, C dan B6. Selalunya kita akan makan isi dalam dan bahagian kulit tebalnya dibuang.Sebenarnya dibahagian kulit tembikai mengandungi lycopene aitu merupakan sejenis antioksidan yang mampu merawat kulit yang berjerawat.

Cara untuk merawat wajah dengan menggunakan buah tembikai ini adalah, kisar bahagian isi putih yang terdapat pada kulit tembikai itu, kemuadian ambil dan sapukan dimuka seperti anda menggunakan masker. Biarkan selama 10 – 15 minit kemudian bilaskan dengan air seperti biasa sehingga bersih.

Mudah kan..Petua ini boleh dimalkan 2 kali seminggu untuk memastikan anda mendapat hasil yang memuaskan. Selamat mencuba! – utaranews.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *