Rakaman Sebalik Takbir ‘Jumanji: Welcome to the Jungle’ Dikeluarkan

Jika sesuatu filem itu akan melibatkan kemunculan Dwayne Johnson atau The Rock filem itu pasti akan mendapat promoter tambahan di media sosial serta jurucakap yang berkarisma untuk pemasaran filem itu.

Dan, oleh sebab Johnson bakal muncul dalam filem terbarunya iaitu ‘Jumanji: Welcome to the Jungle’, dia telah melakukan rakaman disebalik takbir sebagai teknik pemasaran untuk filem itu dan video itu telah dimuat naik di akaun YouTube ‘Sony Picture Releasing UK’.

Filem Jumanji yang baru ini dihasilkan bertujuan untuk menyambung kisah Jumaji dan ia bukanlah filem ‘reboot’.

Tetapi dalam masa yang sama, filem ini turut membuat sedikit perubahan iaitu menbawa watak ke dalam dunia lain melalui permainan video lama dan bukan ia masuk ke dalam kita seperti sebelum ini.

Kisah itu bermula apabila empat remaja iaitu Spencer (Alex Wolff), Bethany (Madison Iseman), Anthony “Fridge” Johnson (Ser’Darius Blain), Martha (Morgan Turner) terlibat dalam masalah di sekolah untuk pelbagai pergaduhan kecil.

Oleh itu, mereka telah diarahkan untuk membersihkan ruang bawah tanah sekolah dan disitu mereka menemui satu permainan video Jumanji lalu cuba memainnya.

Namun, mereka telah dibawa masuk ke dalam kawasan berhutan Jumaji menjadi avatar permainan itu.

Johnson masih lagi dengan aksi angkuh dan kelakarnya sebagai Dr Smolder Bravestone, dengan Karen Gillan sebagai avatar permainan video yang biasa; Ruby Roundhouse, Kevin Hart sebagai Moose Finbar, dan Jack Black sebagai Bethany atau Professor Shelly Oberon.

Mereka berempat bersama-sama terpaksa belajar cara untuk hidup di dalam hutan yang penuh dengan cabaran itu.

Menurut Johnson, filem ‘Jumanji: Welcome to the Jungle’ itu ingin menangkap “perasaan keajaiban bercuti” penonton jadi ayuh sama-sama lihat jika itu reaksi anda selepas menonton filem ‘Jumaji: Welcome to the World’ yang bakal ditayangkan pada 21 December ini. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *