Ratu Cantik Peru Beritahu Statistik Penderaan Wanita Dari Saiz Bra

Bagi sesetengah orang pertandingan ratu cantik adalah ketinggalan zaman dan tidak sepatutnya wujud pada zaman serba moden kini kerana beberapa amalan berkaitan pertandingan terkenal itu sudah tidak masuk akal.

Seperti di Peru, sudah menjadi satu amalan biasa untuk peserta pertandingan ratu cantik mengumumkan saiz bra mereka kepada orang ramai.

Setiap wanita yang mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik Peru akan diminta menyebut ukuran dada, pinggang dan pinggul mereka ke hadapan semua orang sebagai sebahagian daripada acara pertandingan itu.

Namun, tahun ini, ada peserta enggan mengambil bahagian dalam amalan ketinggalan zaman itu, dan mengunakan peluang yang ada untuk menentang keganasan terhadap wanita seperti membacakan statistik penyeludupan dan penderaan di negara mereka.

Seperti yang dilakukan oleh pemenang pertandingan ratu cantik itu, Romina Lozano, 20 tahun. Mengambil peluang ketika gilirannya di mikrofon, Lozano telah menyebut mengenai 3,114 mangsa penyeludupan wanita yang berlaku di negaranya.

Ternyata, subjek keganasan terhadap wanita itu juga ada dalam fikiran juri, Magaly Medina yang menyakan soalan, “Setiap hari kita lihat wanita mati ditangan pasangan mereka, jika awak ada peluang untuk mengubah undang-undang, apa yang anda rasakan betul untuk menghentikan perbuatan itu?”

Lozano memberikan jawapan,

Apa yang kita lihat setiap hari di berita adalah sangat dikesali. Rancangan saya adalah untuk membuat satu data, yang mengandungi nama setiap penyerang, dan semua kesalahan yang dia lakukan kepada wanita, untuk ketahui siapa orang itu dan pastikan itu tidak terus berlaku.

Jika kita boleh laksanakan benda lain, ia adalah halang mereka dari segala-galanya, seperti lawatan dan faedah lain.

Jawapan Lozono itu telah menarik perhatian orang ramai sehingga peserta lain turut melakukan perkara yang sama. Seramai 23 orang peserta memilih membaca statistik keganasan wanita dari menyebut saiz bra mereka.

Peserta Juana Acevado Chimpotaz memberitahu juri yang ukurannya adalah “70% wanita di negara kami adalah mangsa gangguan jalanan.” Manakala, peserta Luciana Fernandez Lopez mengatakan saiz branya adalah “13,000 gadis menglami penderaan seksual di negara kami.”

Apa pun, tidak kira jika anda menyokong pertandingan ratu cantik itu atau tidak, yang pastinya apa yang dilakukan oleh peserta dan juara ratu cantik Peru itu adalah satu langkah yang betul. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *