Risiko berkerja ketika dalam keadaan lapar

Apakah yang anda rasakan apabila berkerja saat perut berasa lapar. Satu kajian mengatakan perangai manusia berbeza-beza disaat berkerja dengan perut yang kosong.

Menurut kajian tersebut juga, rasa marah, tak sabar, dan kurang konsentrasi merupakan tindak balas spontan seseorang individu apabila berkerja dalam keadaan lapar.

Semua respondan di dalam kajian tersebut mengakui bahawa mereka mengalami perubahan sikap apabila berkerja dengan perut kosong. Bahkan ada yang mengaku tidak mampu mengawal tingkah laku yang ditunjukkan.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa, apabila lapar otak terpaksa berkrja keras untuk mengeluakan arahan secara sekali gus. Ini menyebabkan individu tersebut menjadi bingung, lembap dan juga tidak bersemangat di dalam melakukan pekerjaan.

Jadi sebelum memulai sesuatu pekerjaan pastikan anda mengambil sedikit makanan untuk mengelakkan tingkah laku berubah secara spontan. Untuk mereka yang bekerja di pejabat, sarapan dengan menu menu yang sihat sangatlah penting.

Selain daripada mencegah rasa lapar sebelum waktu tengahari, sarapan dengan menu yang sihat dapat membuatkan anda lebih bertenaga serta prodaktif didalam menangani kerja-kerja yang ada.

Luangkanlah masa untuk makan dan jangan abaikan rasa lapar sebelum mula bekerja. Selain daripada rakan-rakan sekeliling kesihatan diri juga sangatlah penting. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *