RSN Rayer dikecam netizen kerana hanya berselfie sewaktu melawat banjir

Minggu lalu, negeri Pulau Pinang hampir lumpuh akibat dilanda banjir besar dan dianggap paling teruk dalam sejarah yang pernah berlaku di negeri itu. Kejadian banjir yang dikatakan terburuk di Pulau Mutiara ini juga telah meragut tujuh nyawa.

Namun gelagat pemimpin-pemimpin pembangkang yang datang melawat mangsa banjir dilihat hanya sekadar lawatan untuk meraih sokongan politik. Ini boleh dilihat menerusi lawatan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad yang bersama pimpinan Pakatan Harapan baru-baru ini.

Sekumpulan mangsa banjir menyifatkan kehadiran bekas Perdana Menteri itu tidak ikhlas, datang hanya untuk bergambar dan sekadar untuk menunjuk muka sahaja. Malah kehadiran Mahathir melawat mangsa banjir dengan ‘tangan kosong’ sahaja. Tiada sebarang sumbangan atau bantuan diberikan oleh Mahathir kepada mangsa-mangsa banjir.

Selain Mahathir yang juga merupakan Pengerusi Pakatan Harapan dikecam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima RSN Rayer juga dikecam netizan kerana hanya bergambar sewaktu melawat mangsa-mangsa banjir.

Tindakan ADUN DAP itu dilihat hanya sekadar propaganda yang kononnya ingin menunjukkan beliau hadir di kawasan banjir dan prihatin dengan nasib mangsa banjir. Wahal itu semua hanya lakokan semata-mata.

Kehadiran Rayer juga dengan ‘tangan kosong’ sahaja. Tiada sebarang bantuan atau sumbangan yang diberikan kepada mangsa banjir. Beliau hanya datang sekadar untuk bergambar dengan mangsa banjir.

Jika begini sikap pemimpin pembangkang untuk menunjukkan keprihatinan mereka kepada mangsa banjir, lebih baik mereka tidak perlu datang. Kehadiran mereka tidak diperlukan dan hanya menimbulkan kemarahan rakyat sahaja jika begini caranya. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *