Rupanya Memang Wujud Artis Berlakon Couple Semata-Mata Untuk Kontroversi

Baru-baru ini, pelakon baru yang terkenal melalui drama ‘Titian Cinta’, Farah Nabila ada mengeluarkan kenyataan pada sebuah portal berita tempatan mengatakan yang beberapa orang pelakon lelaki telah datang berjumpanya dengan niat ingin mencetuskan kontroversi.

Kontroversi yang dimaksudkan Farah adalah pelakon itu telah menawarkan ingin ‘menjalinkan’ hubungan dengan Farah konon-kononnya mereka bercinta jadi bila timbul gosip itu, nama Farah dan juga pelakon itu boleh meletup-letup.

Uih, rupanya hubungan cinta pun ada orang buat tawaran juga ye? Hebat sangat ke lakonan pelakon yang beri tawaran itu. Nak gelak pun ada, macam-macam betul orang zaman sekarang ini, sampai sanggup jual diri sendiri semata-mata mahu jadi terkenal.

Tapikan, kalau perasan kenyataan Farah itu seperti menjelaskan persoalan netizen mengenai hubungan ‘cinta lokasi’ beberapa selebriti selama ini yang kononnya bercinta dan bakal bertunang. Jadi, kalau macam itu, benarlah hubungan cinta pasangan itu hanyalah satu kontroversi palsu untuk jual drama.

Aduh, kesiannya peminat yang benar-benar berharap pasangan itu bercinta tetapi rupanya itu semua sekadar gimik pemasaran supaya ramai orang menonton drama lakonan mereka.

Yang sebenarnya, tidak perlu pun semua itu, drama itu akan jadi lebih menarik jika jalan cerita ia menarik dan pelakon berjaya menyampaikan mesej yang ingin disampaikan. Lagipun, apa guna kontroversi kemain hangat, tapi bila berlakon, hampeh.

Biarlah lambat terkenal dari tiba-tiba jadi terkenal hanya disebabkan kontorversi kerana kontroversi ini tak kekal lama tetapi kalau berbakat sampai tua masih dapat tawaran berlakon. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *