Saifuddin Nasution tak layak jadi YDP MAIPP.. – JMPP

Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) Mohamed Hafiz Mohamed Nordin bersama sekumpulan individu hari ini, mengadakan satu bantahan terhadap ura-ura perlantikan Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang baru.

Bertempat di tingkat bawah bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), Mohamed Hafiz atau lebih senang dikenali sebagai Ustaz Hafiz menyatakan pendirian membantah cadangan Saifuddin Nasution sebagai YDP MAIPP yang baru bagi menggantikan Adun PAS, Salleh Man.

Beliau berkata, JMPP turut membantah cadangan perlantikan pemimpin PAN, Mujahid Yusuf Rawa sebagai Timbalan Yang DiPertua MAIPP kerana individu berkenaan tidak sesuai untuk jawatan berkenaan.

“Sepatutnya individu yang dilantik ke jawatan Yang Dipertua MAIPP mempunyai latar belakang agama dan mempunyai ketokohan memimpin umat Islam Pulau Pinang selaku wakil Yang di-Pertuan Agong.

“Individu ini tidak semestinya datang dari parti politik tertentu kerana Yang Dipertua MAIPP pernah disandang tokoh agama yang berkecuali,” katanya.

Mohamed Hafiz turut membidas keputusan yang dikatakan dibuat Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang majoritinya adalah bukan Islam tanpa merujuk kepada mereka yang arif.

“Semua pihak tahu Wan Ji masih disiasat polis berhubung kenyataannya yang mahu memansuhkan sistem beraja di negara.

“Jadi adakah kita mahu individu sebegini memimpin umat Islam Pulau Pinang, sedangkan terdapat ramai lagi tokoh yang sesuai,” soal beliau.

Selain itu, Ustaz Hafiz menjelaskan bahawa JMPP akan memohon untuk bertemu dengan pihak YDP Agong tidak lama lagi bagi memohon baginda mempertimbangkan bantahan umat Islam di negeri ini diatas perlantikan tersebut.

Saifuddin kini berkhidmat sebagai penasihat stategik Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. Katika Salleh mengangkat sumpah jawatan itu, PAS masih bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

Salleh juga dilihat sebagai wakil tunggal PAS dalam kerajaan negeri yang masih bertahan sehingga ke hari ini walaupun kedua-dua parti itu telah pun menjadi seteru.

Salleh ketika dihubungi berkata beliau setakat ini tidak menerima apa-apa maklumat berhubung perkara itu. Namun, beliau mengakui tempoh jawatannya di MAIPP akan tamat hujung tahun ini dan mengakui sudah memegang jawatan itu untuk satu tempoh yang lama. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *