Saintis Temui Ruang Tersembunyi Dalam Piramid

Secara logiknya, tiada sebarang bukti saintifik mengesahkan yang sainstis telah menemui sebuah alat yang boleh membuka lubang cacing untuk berjalan melintasi galaksi tetapi tiada pula saintis nafikan kewujudannya.

Jadi, secara teknikalnya pula, mungkin lubang atau alat itu ada disitu tetapi masih tidak ditemui atau dipastikan.

Sepasukan saintis Jepun dan Perancis telah menjalankan kajian selama dua tahun di Piramid Besar Giza dan menemui dua ruang kosong; satu besar dan satu lagi kecil, di dalam struktur pyramid itu.

Namun, keadaan ruang kosong itu masih tidak jelas, kerana ia tidak boleh diaksesk melalui laluan biasa piramid.

Ruang kosong itu ditemui mengunakan muografi iaitu satu alat yang boleh mengesan perubahan kepadataan dalam struktur batu besar.  Pada ketinggian 140 meter, Piramid Besar yang juga dikenali sebagai Piramid Khufu sebagai penghormatan kepada Pharoah Khufu, adalah yang terbesar di antara tiga prramid Giza.

Selain itu, ruang kosong itu juga dikatakan berada betul-betul di atas Great Gallery dan bersaiz kira-kira seperti cermin.

Menurut ahli arkeologi, Mark Lehrer, dia percaya ruang kosong yang baru ditemui itu mungkin berada di situ hanya untuk tujuan struktur dan bukan ruang kosong yang sebenar.

Ia boleh jadi sejenis ruang yang pembina tinggal untuk melindungi bumbung Great Gallery yang sangat sempit dari berat prramid itu.

Akhirnya, sekali lagi, tiada sesiapa katakan yang di dalam piramid tiada ‘Stargate’ atau lubang yang boleh dijadikan laluan untuk merentas galaksi. Oleh tiu ia kekal menjadi misteri dan tanda tanya kepada semua orang. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *