Sajat Bakal Jadi Ratu Irama Malaysia?

Menerusi akaun Instagramnya, Nur Sajat telah mengumumkan yang dia dan juga isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida akan berkolaborasi dalam satu lagu bergenre Irama Malaysia.

Menerusi caption-nya, Sajat mengatakan yang KRU telah memberikan tawaran kepada mereka dia dan juga Datin Seri Shahida untuk menyanyikan lagu bertajuk ‘Hati Karma’.

Selepas sahaja mengetahui berita terhangat itu, netizen mula membanjiri ruangan komen Instagram Sajat dengan kritikan kerana sudah dapat membayangkan yang gandingan itu pasti akan menghancurkan lagu.

Tambahan pula, Sajat ada menyebut yang kolaborasinya bersama Datin Seri Shahida dalam lagu ‘Hati Karma’ itu nanti mampu menandingi fenomena ‘Hati Kama’ nyanyian Datuk Siti Nurhaliza dengan Nuraniza Idris.

Hamboi confident sangat ini.. Betul ke suara ‘lunak’ mereka berdua itu mampu tandingi suara penyanyi lagenda sehebat SIti Nurhaliza dan Nuraniza Idris?

Kalau betul boleh tandingi, memang mereka berdua patut tukar kerjaya dari usahawan produk kecantikan jadi penyanyi. Mana tahu yang sebenarnya suara mereka berdua itu boleh mewakili Malaysia ke luar negara macam Yuna atau Shila Amzah.

Habislah penyanyi-penyanyi dekat Malaysia lepas ini susah mahu cari makan, job semua habis kena caras dengan mereka berdua.

Namun, jika dilihat dari segi nyanyian Sajat dalam bilik air seperti yang sering dimuat naiknya, boleh bayangkan macam mana bunyi lagu itu nanti. Pasti ada sebab mengapa KRU mahu berikan lagu mereka kepada dua usahawan berjaya itu.. Siapa tahu yang lagu ‘Hati Karma’ itu benar-benar boleh menjadi hit seperti yang Sajat harapkan. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *