Sekolah Minta Pelajar Pulang Kerana Pakai Baju Nampak Payudara

Seorang pelajar sekolah menengah dari Montana telah mencetuskan kekecohan di Internet apabila luahannya selepas diminta pulang ke rumah kerana tidak memakai ke sekolah menjadi viral.

Kaitlyn Juvik dari Helena High School diminta pulang ke rumah selepas seorang pelajar membuat aduan ke pihak sekolah mengatakan cara Juvic berpakaian membuatkan mereka berasa tidak selesa.

Meskipun berasa malu dengan tuduhan itu, Juvic nekad ingin menyuarakan isu mengenai kod pemakaian sekolahnya. Oleh itu, dia membuat satu rancangan untuk melawan kesnya itu dan mengubah undang-undang pemakaian untuk pelajar perempuan di sekolah.

Melalui akaun Facebooknya, Juvic menulis satu status memalukan sekolahnya secara terbuka atas tindakkan kejam mereka itu bersama gambarnya yang memakai pakaian “kontroversi”.

Juvic membuat status seperti itu untuk meminta pendapat dan sokongan rakan Facebook-nya dan dalam masa enam minggu, status luahan Juvic itu telah mendapat lebih daripada 23,000 ‘likes’.

Apa yang saya lalui adalah salah… Selagi tiada apa yang ditunjukkan dan anda menutupinya, gadis tidak perlu memakai bra.

Sebagai tanda memberi sokongan kepada perjuangan Juvic itu, rakan-rakan sekolahnya turut membuat satu ‘page’ di Facebook yang bernama “No Bra, No Problem”.

Hakikat yang saya diberitahu ia buatkan orang berasa tidak selesa menyinggung perasaan saya kerana ia adalah badan saya.  Ia adalah badan semula jadi saya dan saya tidak past mengapa ia buat orang lain berasa tidak selesa.

Perjuangan layanan sama rata Juvic itu bukan hanya mendapat sokongan daripada pelajar perempuan, tetapi juga pelajar lelaki. Sebagai tanda solidarity, mereka merancang ingin memakai bra di luar pakaian sekolah mereka.

Sementara itu, ibu Juvic turut memberikan sepenuh sokongan kepada anak perempuannya.

Saya berdiri di belakang anak perempuan saya 100%! Saya sangat bangga dengan apa yang dia cuba lakukan serta pergerakan yang dia dan kawan-kawannya lakukan.

-utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *