Selepas Dikecam Cucuk Botox, Sajat Dakwa Bibir Bengkak Kerana Sakit Gusi

Baru-baru ini, dua pengasas kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri dan Nur Sajat telah memuat naik video mereka menyanyikan lagu terbaru mereka, ‘Abang Nak Tegur’ sambil menari dan bergurau di Instagram.

Meskipun, seronok lihat telatah kedua-dua usahawan kosmetik itu, menurut caption video itu Sajat mengatakan yang ketika dia membuat video itu, dia sebenarnya sedang sakit gusi kerana membuat crowning gigi.

Oh mungkin sebab itu bibir Sajat kelihatan bengkak, tapi, hebat betul Sajat sedang sakit pun masih boleh menari dan menyanyi dengan gembira seperti itu. Namun, ada juga segelintir netizen yang mempertikaikan betul ke Sajat bibir Sajat bengkak seperti itu kerana sakit gusi?

Menurut komen yang ditulis pada Instagram Sajat itu, crowning tidak akan membuatkan bibir bengkak, tetapi bibir akan bengkak jika ia dicucuk untuk tujuan lain. Malah, ada juga komen yang mengatakan muka dan bibir Sajat bengkak kerana dia telah membuat sesuatu pada dua bahagian itu.

Tapi, betul ke semua komen-komen itu? Admin tak tahu sangat pasal cucuk bibir, crowning ini. Mana tahu, muka dan bibir Sajat memang bengkak kerana sakit gusi. Tak baik lemparkan tuduhan yang tidak benar, kesian Sajat apa sahaja yang dia pasti akan dikecam netizen.

Apapun, harap gigi Sajat itu sempat siap jadi bolehlah tayang gigi baru masa buat muzik video ‘Abang Nak Tegur’ yang katanya akan dilakukan di luar negara. Wah, mesti gempak, tak sabar nak tunggu muzik video itu keluar.–utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *