Serangan udara mengorbankan 29 nyawa di pasar Utara Yaman

SANAA: Serangan udara pakatan diterajui Arab Saudi mengorbankan 29 orang di sebuah pasar yang sibuk di tengah kawasan Houthi di utara Yaman, hari ini kata pihak berkuasa pemberontak.

Pakatan yang dikritik hebat komuniti antarabangsa kerana jumlah kematian penduduk awam yang tinggi itu tidak mengesahkan atau menafikan ia bertanggungjawab di sebalik serangan di wilayah Saada.

Beberapa gambar menunjukkan penduduk mengutip sisa daripada serpihan gerai yang musnah teruk akibat serangan itu.

Keadaan mayat mangsa yang ditemui juga dalam keadaan teruk dengan sebahagiannya langsung tidak dapat dikenal pasti. Semua mayat mangsa dibawa ke rumah mayat hospital berhampiran untuk pengecaman oleh keluarga.

Perkhidmatan kesihatan berkata, 29 orang terbunuh dan 17 mangsa lain cedera sementara agensi berita dikendalikan Houthi melaporkan jumlah yang lebih rendah membabitkan 21 penduduk awam. – AFP

Sumber – bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *