Siapakah Pelakon Lelaki Popular Yang Hamilkan Gadis Tanpa Nikah?

Baru-baru ini seorang wanita misteri telah membuat satu pendedahan terbesar mengatakan seorang pelakon lelaki terkenal yang menjadi kegilaan ramai telah menghamilkannya sehingga melahirkan zuriat. Wah! Wah! Wah! Berita terhangat di pasaran ni~

Malah, rakaman suara pendedahan mengejut wanita misteri itu turut disiarkan oleh sebuah portal akhbar tempatan di YouTube.

Menurut wanita itu, dia pernah bercinta dengan pelakon lelaki itu tetapi telah putus, kemudian kembali bersama semula awal tahun ini. Dan, dia berasa kecewa kerana selepas apa yang berlaku, pelakon terkenal itu enggan bertagggungjawab padahal dia yang merancang supaya mereka tidur bersama ketika di Port Dickson.

Jelas wanita itu lagi, dia ada cuba untuk menghubungi pelakon lelaki itu tetapi dia melarikan diri tanpa memberikan sebarang balasan malah kekasih pelakon lelaki itu pula bertindak menyerang wanita itu. Aduh, rupanya pelakon lelaki itu sudah ada kekasih tapi sempat lagi curang.

Namun, pendedahan itu dilakukan bukan kerana wanita itu ingin berkahwin dengan pelakon lelaki terkenal itu tetapi dia hanya mahu pelakon itu tahu tanggungjawabnya, dengan membayar bil pemeriksaan bayi di hospital.

Malah, dia merayu supaya lelaki itu menghubunginya kerana dia ingin menyelesaikan masalah itu dengan cara baik dan tidak akan mendedahkan identiti pelakon lelaki itu. Wah, siapakah identity pelakon lelaki terkenal kegilaan ramai itu? Kalau ikutkan sekarang ini ramai saja pelakon lelaki terkenal.

Jika dilihat pada komen-komen mak cik bawang di sebuah ruangan forum, ada tiga nama pelakon lelaki yang sah-sah memang tengah sensasi kini banyak kali menjadi sebutan. Tapi macam mustahil saja, tak mungkin Fattah Amin sebab dia sekarangkan sedang hangat dikatakan bercinta dengan Fazura.

Zul Ariffin pula lagi lah macam tidak mengena saja, sebab semua ketahui yang Zul itu imejnya baik. Atau, ada yang mengatakan lelaki itu Kamal Adli, jangan ditambah lagi kontorversi Kamal, kesian dia cerita sebelum ini sampai memberi kesan kepada hubungan Kamal dengan Emma Maembong.

Mungkin pelakon lelaki terkenal yang lain kut tapi nama Fattah, Zul dan Kamal sahaja yang timbul dalam fikiran mak cik bawang buat masa ini. Mana tidaknya, nama ketiga-tiga pelakon lelaki itu sahaja yang sering menjadi sebutan kini.

Apapun harap pelakon lelaki itu boleh munculkan diri dan bertanggungjawab atas perbuatannya. Jadi, selagi boleh selesaikan cara baik, selesaikan. Jangan amalkan sikap ‘habis madu sepah dibuang’, esok-esok kena dekat ahli keluarga sendiri atau anak sendiri baru tahu.

Untung wanita itu memilih untuk tidak memperbesarkan isu dan mahu menyelesaikan masalah itu dengan cara baik. Kalau dedahkan identiti atau klu siapa pelakon lelaki terkenal itu, pasti kerjaya pelakon dia akan terjejas. Dari jadi kegilaan ramai terus jadi kebencian ramai. –utaranews.com

Ayuh, dengar pendedahan penuh wanita misteri itu mana tahu boleh teka siapa pelakon lelaki terkenal itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *