Silap urut di bahagian leher mampu sebabkan serangan stroke

Selepas penat bekerja seharian dan tubuh mula terasa tidak bermaya, urutan lembut dibeberapa kawasan badan memanglah sangat melegakan. Apalagi ia dilakukan dengan lembut dan juga secara santai oleh orang tersayang.

Tetapi tahukah anda, jika tersilap urut ternyata berisiko untuk mengalami serangan strok.

Menurut Dailymail, terdapat satu kes di India dimana seorang pemuda mengalami serangan strok selepas diurut di bahagian leher di sebuah spa.

Dilaporkan, leher pemuda berkenaan tidak dapat bergerak ketika diurut selepas 15 minit. Pemuda tersebut dengan segera dihantar ke hospital dan disahkan terdapat darah beku didalam otaknya.

Doktor yang merawat pemuda tersebut menyatakan, urutan daripada tukang urut tersebut menjadi punca berlakunya serangan strok terhadap pemuda terbabit. Difahamkan pemuda itu merupakan pelanggan tetap dan melakukannya dua hingga empat sesi urutan setiap minggu.

Hasil dari imbasan yang dilakukan oleh pihak hospital menunjukkan, tekanan yang dikenakan ke atas tulang belakang di kawasan leher telah mengakibatkan alteri darah menjadi sempit serta menyebabkan kurangnya aliran darah ke otak.

Inilah bahayanya apabila mendapatkan perkhidmatan urut dari pihak-pihak yang bukan pakar. Tulang belakang mempunyai bahagian saraf yang sangat sensitif, jadi berhati-hatilah apabila anda pergi berurut di tempat-tempat yang sebarangan. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *