Suami Mia Ahmad Bawak Imam Untuk Pertahan Aksi Cium Di Padang

Isu hangat mengenai aksi pelakon Mia Ahmad mencium suaminya, Izham Tarmizi yang merupakan penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT) ketika memenangi Piala Malaysia 2017 masih belum berakhir.

Isu itu masih berlanjutan apabila pelakon itu bertindak memuat naik ‘screenshoot’ perbualan di antara suaminya dengan seorang imam di WhatsApp mengenai aksi cium itu.

Berdasarkan perbualan itu, Izham telah menyanya imam itu mengenai hukum seorang isteri mencium suaminya di tempat terbuka. Tambahan pula, ia berlaku secara spontan kerana Mia terlalu gembira dan bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk.

Menurut penjelasan imam itu, perbuatan isteri mencium suami di tempat awam itu tiada masalah, tetapi ia boleh jatuh haram jika ciuman itu menimbulkan perasaan seseorang atau orang yang melihatnya bernafsu.

Meskipun, pada mereka itu tiada apa-apa tetapi jika difahami penjelasan imam itu, ia berbalik kepada orang yang melihat kejadian itu. Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza jadi, tidak salah netizen perbesarkan isu ini.

Mungkin itu mempunyai maksud yang sama seperti nasihat Ustaz Azhar Idrus, cium pasangan sendiri di hadapan orang ramai tiada masalah tetapi jika cium di tangan. Tetapi, jika dicium di pipi atau mulut itu boleh menjatuhkan maruah.

Sama seperti penjelasan imam, ia bergantung kepada cara netizen memandang aksi ciuman itu. Kalau di tangan mungkin ia tidak menimbulkan perasaan atau nafsu kepada yang melihat tetapi kalau di pipi, mungkin ada sesetengah netizen berasa tidak selesa.

Jadi, netizen mula bahaskan aksi itu, bukan sebab hati mereka dengki. Netizen tidak lah dengki sangat sampai tidak suka lihat orang bahagia, aksi itu jadi sensasi sebab mereka ingin menegur supaya perbuatan seperti itu tidak berulang lagi.

Lagi pula, bukan Mia sahaja terlalu gembira dengan kemenangan itu, tetapi semua penyokong pasukan JDT juga gembira cuma tidak berpeluang saja nak lakukan aksi spontan seperti itu. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *