Syamel Dedah Pengalaman Ngeri Diganggu Wanita Misteri

Bekas pelajar Akademi Fantasia Musim Ke-12 (AF12), Syamel telah mendedahkan pengalaman ngeri yang sukar dia lupakan berlaku ketika mewakili Malaysia di ABU TV Song Festival 2017 yang berlangsung di Chengdu, China pada awal bulan November lalu.

Menurut Syamel, ketika di China, salah seorang wanita yang bekerja dengan produksi festival itu telah menyuarakan hasratnya untuk mengikut Syamel pulang ke hotel. Pada awalnya, dia menyangka wanita itu hanya bergurau tetapi disebabkan berkali-kali dia suarakan ‘hasrat’ yang sama, Syamel mula berasa curiga.

Namun, Syamel telah menolak hasrat hati wanita misteri itu dengan cara baik kerana sedar tujuan sebenar dia pergi ke China adalah bukan untuk melakukan perkara bukan-bukan, tambahan pula, niat sebenar wanita bertindak seperti itu juga mencurigakan.

Betul itu, tetiba sangat, kalau betul pun Syamel itu citarasa dia tetapi tak semua lelaki termakan dengan godaan seperti itu. Nasib baik Syamel masih ingat tujuan asalnya pergi ke China sebagai wakil Malaysia. Lagi pula, kalau niat sebenar wanita itu tidak baik, pasti kejadian seperti itu boleh menjejaskan kerjaya Syamel sebagai penyanyi.

Rapanya bukan itu sahaja kisah malang yang menimpa Syamel di China, menurut Syamel dia telah kehilangan bagasi ketika sedang dalam perjalanan ke China, itu menyebabkan dia tidak mempunyai pakaian bersih sepanjang berada di China.

Aduh, macam-macam rupanya pengalaman yang Syamel terpaksa lalui ketika berada di China. Meskipun pengalaman-pengalaman seperti itu buatkan Syamel berasa fobia tetapi itu akan menjadi satu kenangan untuk Syamel kenang ketika sudah berjaya kelak. Tiada jalan mudah untuk berjaya, Good luck Syamel. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *