Syed Saddiq didakwa cuba halalkan zina di Malaysia

Satu kenyataan Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Abdul Rahman di media sosial telah mengundang kontroversi dan dikecam apabila menyarankan supaya remaja Malaysia diajar cara mengamalkan seks selamat bagi mengelakkan hamil.

“Adalah tidak boleh dinafikan remaja-remaja sekarang makin bebas, ini tidak dapat dielakkan.

“Paling kurang kita mengajar mereka mengamalkan seks selamat dengan menghalang mereka dari mengandung,” kata Syed Saddiq menerusi status di laman twitternya baru-baru ini.

Rata-rata pengguna media sosial mengecam dan menyifatkan kenyataan Syed Saddiq itu bertentangan dengan ajaran Islam.

Seorang pengguna media sosial yang dikenali Zakiyamani berkata dalam Al Quran, surah Al-Israa’ ayat 32 secara terang melarang umat Islam mendekati zina: “Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.”

“Kata fatwa atau paktua aku tak tau, tapi dengan kenyataan Syed Saddiq aku rumuskan sebagai tindakan menghalalkan perbuatan Zina …

“Pandangan ini bagi aku tidak sesuai dikeluarkan oleh seorang Ketua Pemuda ” yang tentunya menjadi icon dan ikutan ramai remaja, sebaliknya Syed Sadiq harus mengambil Islam sebagaj jalan penyelesaian bukannya kondom,” kata Zakiyamani dalam Facebook.

Fazigha pula berkata, “Saya sebagai orang muda kurang bersetuju dengan cadangan ini, bunyi macam menggalakkan lagi seks bebas.”

“Islam sudah ajar cara penyelesaiannya. Kau lagi nak bagi penyelesaian yang tidak masuk akal langsung. Al-Quran letak mana?” soal Liana Ismadi.

“Zina tetap zina. Ia tetap haram walau macam mana sekali pun,” kata XOXO.

“Takkan lah sebab nak kurangkan kes rogol, nak halalkan seks bebas dengan syarat tidak mengandung. Benda haram tetap haram,” kata Nanananna.

“Kiranya kamu nak menggalakkan seks bebas dikalangan muda-mudi ke? Macam ini pandangan pemimpin Armada yang dikatakan “dihormati itu”.,” kata Muhammad Ramiza. -Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *