Tahniah Buat Pasangan Fattah Amin Dan Fazura

Gosip cinta yang melanda pelakon utama drama ‘Hero Seorang Cinderella’, Fattah Amin dan Fazura ternyata tiada kesudahan apabila pasangan itu masing-masing berterusan memilih untuk mendiamkan diri dan meninggalkan peminat dengan seribu pertanyaan.

Selepas khabar angin yang mengatakan pasangan itu bakal bertunang, kini timbul pula kisah baru yang pasti akan menambahkan lagi persoalan di kepala peminat #fattzura mengenai status sebenar pelakon kesayangan mereka itu.

Berdasarkan laporan di portal-portal gosip dan akhbar tempatan pagi ini, kecoh dengan berita mengatakan pasangan sensasi itu telah pun bernikah semaam di kediaman nenek Fazura di Petaling Jaya.

Ini kerana, malam semalam rumah nenek Fazura turut dipenuhi tetamu dan mempunyai dekorasi berwarna putih tetapi tidak pasti majlis apa yang sedang berlangsung kerana rumah itu telah dikawal dengan ketat.

Malah, apabila menyedari kehadiran wartawan, adik dan juga pembantu peribadi Fazura bertindak menutup pintu pagar. Wow, majlis rahsia apa itu sampai kawalan sebegitu ketat? Namun, pihak pengurusan mahupun pasangan itu sendiri masih tetap mengunci mulut mereka dari memberi penjelasan.

Sejak khabar angin hangat itu mula bertiup kencang semalam, peminat mula membuat pelbagai spekulasi dengan mengatakan pasangan itu sebenarnya ingin berkahwin di Mekah tetapi disebabkan beberapa faktor mereka bernikah awal.

Lagipula, mereka ingin menunaikan umrah bersama-sama, dan Fazura tidak boleh pergi tanpa mahramnya jadi jika sudah bernikah awal mereka boleh mengerjakan umrah sebagai suami-isteri. Tapi, ada juga sumber mengatakan yang majlis tertutup semalam itu adalah majlis tunang dan akan bernikah di Mekah nanti.

Uih mana satu betul ni? Banyak betul persoalan mengenai hubungan sebenar pasangan ini. Harap Fattah dan juga Fazura boleh tampil beri penjelasan lanjut mengenai spekulasi yang melanda mereka, adakah itu semua hanya sekadar gimik untuk jual drama mereka atau mereka benar-benar bercinta.

Bukan apa, kesian netizen bosan kena baca cerita sama yang macam tiada kesudahan saja. Apa pun, tahniah kami ucapakan kepada Fattah Amin dan juga Fazura. –utaranews.com

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *