Tak faham bahasa Inggeris jadi punca ramai graduan tak dapat kerja

Baru-baru ini, graduan Malaysia dikatakan akan mengalami kesukaran untuk mendapat kerja pada tahun 2018. Terkini, terdapat beberapa lagi faktor utama yang dilihat menjadi punca graduan Malaysia semakin sukar untuk mencari pekerjaan.

Menurut pakar ekonomi, Nor Zahidi Alias pengangguran berlaku pada graduan ini sudah semakin meningkat sejak beberapa tahun lalu, walaupun pasaran buruh dan ekonomi kekal baik.

Tambahnya lagi, faktor utama yang menyebabkan kadar peningkatan graduan menganggur kerana tidak fasih berbahasa Inggeris. Disebabkan tidak fasih berbahasa Inggeris ketika ditemuduga, ia membuatkan ramai graduan sukar menyuarakan pendapat mereka ketika ditemuduga. Sedikit sebanyak perkara ini juga memberi kesan negatif pada tahap keyakinan graduan ketika ditemuduga.

“Malangnya di Malaysia, pelajar tidak fokus kepada pengalaman dunia sebenar. Sebaliknya, mereka lebih tertumpu mendapatkan gred baik.

“Bukannya graduan dengan semua A yang majikan cari.” katanya.

Kesan lemah berkomunikasi dalam bahasa Inggeris ini memberi impak yang sangat besar terutamanya jika graduan itu mencari kerja dalam sektor perkhidmatan. Kerja dalam sektor perkhidmatan memerlukan kemahiran berkomunikasi yang baik.

Malah Nor Zahidi juga mendedahkan betapa pentingnya seseorang graduan itu mempunyai pengetahuan umum dalam meningkatkan lagi kebolehpasaran sesorang itu. Mempunyai kemahiran kerja memberi peluang yang tinggi untuk terpilih ketika ditemuduga. Tetapi, tidak ramai graduan yang sanggup mencari pengalaman kerja semasa cuti semester sebelum menamatkan pengajian.

Nampaknya pasaran kerja ini sudah menjadi satu perkara yang lebih berdaya saing. Graduan dilihat perlu bersiang secara sihat dengan mengasah bakat dalam penggunan bahasa Inggeris dengan lebih baik dan mencari pengalaman kerja ketika cuti semester.

Bolehlah anda mula menonton program televisyen bahasa Inggeris yang sesuai supaya ia dapat membantu kemahiran komunikasi supaya menjadi lebih baik. Siapkan diri anda dengan kelengkapan yang cukup supaya dapat membuatkan majikan berminat untuk memilih anda menjadi salah seorang pekerja di syarikatnya. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *