Tauke Jambu Ambil Keputusan Untuk Bernikah Selepas 2 Tahun Bertunang

Selepas dua tahun mengikat tali pertunangan, Tauke (Jambu) telah memutuskan untuk mengakhiri ikatan itu dan bakal melangsungkan perkahwinan bersama tunanganya, Nadia Mohd Affendi pada bulan Disember ini.

Malah, lebih mengejutkan, majlis perkahwinan Tauke dan pasangannya akan berlangsung satu hari selepas majlis perkahwinan Abam (Bocey). Abam bakal menamatkan zaman bujangnya pada 8 Disember ini manakala Tauke pula pada 9 Disember.

Menurut Tauke majlis pernikahanya akan diadakan pada sebelah pagi secara tertutup dan hanya akan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat, manakala majlis persandingan pula akan dibuat pada sebelah petang di lokasi yang sama iaitu di Ambersador Hall, Putrajaya.

Selain itu, jelasnya lagi, persiapan majlis perahwinan juga telah siap 90% dan dia berasa bersyukur kerana ada pihak yang sudi menaja lokasi majlis dan merancang majlis perkahwinan dia bersama Nabila.

Rezeki orang mahu berkahwinlah katakan, ramai pihak yang sudi ingin membantu tambahan pula, Tauke adalah nama besar dalam indusrti komedi, sebut sahaja nama Tauke pasti orang akan teringat lawak bersahaja dia bersama pasangan Jambunya, Pak Yus.

Apapun, tahniah diucapkan kepada Tauke dan juga Abam. Semoga berbahagia till Jannah. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *