Terkejut wajah kekasih berbeza dari Facebook, Gadis nekad lapor Polis

Seorang wanita yang dikenali sebagai Syakila dari Indonesia membuat laporan polis setelah kecewa melihat wajah kekasihnya tidak sekacak gambar di akaun Facebook. Syakila sebenarnya telah menjadi mangsa penipuan akaun palsu Facebook.

Terlalu percaya dengan kewujudan kekasihnya yang dikenali di akaun Facebook bernama Rian, Syakila akui telah jatuh cinta dengan Rian sejak pertama kali mengenali Rian di alam maya. Melihat gambar Rian di akaun Facebook yang dirasakan kacak, Syakila mula menjalinkan hubungan dengan Rian secara serius.

Hubungan cinta mereka terjalin tanpa berjumpa antara satu sama lain tetapi hanya berhubungan menggunakan Facebook dan Whatsapp selama setahun. Syakila langsung tidak menyedari dirinya telah ditipu dan merasakan Rian sebenarnya memang wujud.

Selama setahun berkenalan tetapi tidak pernah berjumpa. Akhirnya, penipuan Rian mula terbongkar apabila Syakila nekad mahu berjumpa kekasihnya itu apabila mendapat tahu Rian sakit.

Malah, pertama kali mereka berjumpa juga Rian berjanji mahu menjalinkan hubungan pernikahan dengan Syakila. Mahu hubungan yang terjalin antara mereka ke fasa yang lebih serius Syakila sanggup berkorban wang ringgit untuk datang berjumpa Rian. Setelah sampai di daerah tempat tinggal Rian, Syakila menghubungi Rian dan mereka telah berjumpa.

Apabila melihat wajah sebenarnya Rian jauh berbeza dari gambar yang terdapat di akaun Facebook, Syakila betul-betul rasa ditipu. Hampir setahun Syakila menjadi mangsa tipu Rian, Syakila terus membuat laporan polis di balai polis berdekatan.

Hasil siasatan pihak polis mendapati gambar Facebook yang digunakan Rian untuk menipu Syakila adalah gambar lelaki lain yang dicuri oleh Rian. Malah nama sebenar lelaki itu bukan Rian tetapi namanya Sugeng.

Bahana cinta palsu laman sosial ini memang sudah lama berlaku dan sekarang sudah semakin berleluasa. Terdapat ramai yang berhabis ribuan ringgit hanya kerana terjerat cinta palsu tanpa mengenali identiti sebenar kekasih maya.

Disebabkan itu pengguna laman sosial perlu lebih berhati-hati jika mahu menjalinkan hubungan cinta dengan kekasih secara alam maya. Berjumpa dan pastikan dahulu dengan siapa anda berkomunikasi dan anda menjalinkan hubungan cinta. Elakkan diri untuk melaburkan wang ringgit pada orang lain yang tidak pernah anda berjumpa walaupun dipujuk rayu –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *