Terowong tapak nuklear Korea Utara runtuh, mengorbankan lebih 200 nyawa

TOKYO: Terowong di tapak nuklear Korea Utara runtuh selepas Pyongyang melaksanakan ujian ke enam pada September, dipercayai mengorbankan lebih 200 nyawa.

Agensi penyiaran Jepun, TV Asahi melaporkan perkara itu hasil maklumat sumber yang maklum berhubung kejadian itu.

Bagaimanapun pihak Reuters tidak dapat mengesahkan laporan itu.

Kira-kira 100 pekerja di kawasan nuklear Punggye-ri terkesan akibat runtuhan yang berlaku sekitar 10 September lalu.

Insiden runtuhan susulan pula berlaku ketika kerja-kerja menyelamat dijalankan dan kemungkinan angka kematian meningkat melebihi 200 orang, kata badan penyiaran itu.

Pakar berkata, beberapa kejadian tanah runtuh berhampiran kawasan ujian nuklear boleh menjejaskan negara itu dan ia mungkin tidak dapat digunakan untuk tempoh yang lebih lama.

Sumber – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *