Thor: Ragnarok Pecahkan Rekod Hasil Kutipan Pembukaan Franchise Thor

Filem Thor: Ragnarok telah membuat pembukaan sebanyak $107.6 juta di carta ‘box office’ minggu ini iaitu kira-kira 50% daripada pasaran antarabangsa.

Dan itu bukan sahaja satu jumlah yang besar untuk filem Thor tetapi rekod itu juga telah meletakkan filem itu ditempat paling hadapan dari debut antarabangsa filem Doctor Strange dan filem Guardians of the Galaxy Vol. 2.

Kedua-dua filem itu sebelum ini telah membuat kutipan pembukaan sebanyak $86 juta dan $101.2 juta.

Filem ketiga Thor itu juga telah mendapat ‘rating’ sebanyak 98% daripada Rotten Tomatoes dan dijangka akan mendapat hasil kutipan yang sama pada tayangan minggu hadapan, dengan pejejak mencadangkan yang ia mungkin akan buka kutipan diantara $100 juta dan $125 juta.

Sekiranya Thor mampu bertahan dengan jumlah seperti itu, ia akan menjadi penanda pembukaan tertinggi bagi franchise Thor. Selepas filem pertama Thor yang hanya mampu mendapat ketipan pembukaan sebanyak $65.7 juta pada tahun 2011.

Manakala, filem Thor yang seterusnya, Thor: The Dark World, membuka tirai dengan mengumpul kutipan sebanyak $85.7 juta.

Yang pastinya, sudah terbukti filem ketiga Thor ini berbeza dengan dua filem sebelum ini dimana Ragnarok mempunyai lebih banyak buzz positif, yang juga bermaksud jumlah itu boleh menjadi lebih tinggi dari yang dicadangkan.

Sementara itu, Thor: Ragnarok telah diarahkan oleh Taika Waititi dan dibintangi oleh Chris Hemsworth (Thor), Tom Hiddleston (Loki), Cate Blanchett (Hela), Idris Elba (Heimdall), Jeff Goldblum (Grandmaster), Tessa Thompson (Valkyrie), Karl Urban (Skurge), Mark Ruffalo (Bruce Banner/Hulk) dan Anthony Hopkins (Odin) telah mula ditayangkan di pawangam di seluruh dunia. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *