Tiga kelebihan jika mandi air sejuk di waktu pagi

Ramai yang lebih suka mandi air panas dari air sejuk. Ada juga merasakan mandi air panas mempunyai banyak manfaat berbanding menggunakan air sejuk. Disebabkan itu ramai yang sanggup memasang pemanas air di rumah sebab tidak mahu mandi menggunakan air sejuk.

Sebenarnya tanggapan itu salah sama sekali kerana mandi air sejuk mempunyai lebih banyak manfaat yang ramai orang masih tidak tahu. Lagi sejuk air itu lagi bagus terutamanya kalau mandi di waktu pagi. Malah mandi air sejuk boleh menjadi terapi dalam mengubati banyak penyakit.

1. Dapat membakar lemak

Siapa yang sangka mandi dengan air sejuk boleh membakar lemak. Tubuh badan kita mempunyai dua jenis lemak. Pertama, white fat ialah lemak yang hanya boleh dihapuskan dengan bersenam. Kedua, brown fat lemak yang terkumpul dalam badan yang diperlukan untuk menghangatkan badan ketika sejuk.

Bila mandi dengan air sejuk brown fat akan aktif untuk panaskan badan dan akan membakar kalori dengan meningkatkan kadar metabolisme badan.

2. Air sejuk terapi terbaik untuk mengatasi masalah depressi

Orang yang mandi guna ais hydroterapi dapat merawat masalah tekanan. Air sejuk yang disiram pada tubuh badan akan membuatkan kita merasa lebih tenang.

3. Rambut lebih sihat dan bersinar

Air sejuk dapat mencantikkan rambut. Air sejuk dapat mengecilkan liang pori-pori. Tetapi, lebih baik jika mandi air sejuk disiram di tapak kaki dahulu. Kemudia baru paha, perut, dada dan kepala.

Air panas sebenarnya lebih memudarkan tubuh badan dan mempercepatkan lagi pembiakan bakteria. Sebab itu orang dulu-dulu mandi air sejuk pagi-pagi antibody kuat jarang jatuh sakit.

Bila zaman sudah semakin moden, ramai ibubapa yang beli alat pemanas air sebab anak mengadu nak mandi pagi-pagi air sejuk. Sayang anak sampai terlalu manjakan anak. Mandi air sejuk pagi-pagi buat badan bertambah sihat sebenarnya. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *