Tiga Perkara Yang Menghalang Malaikat Dari Masuk Ke Dalam Rumah

Rumah adalah satu keperluan yang akan menjadi tempat untuk manusia berlindung dari panas, hujan dan beristirehat bersama keluarga.

Namun, selain fungsi-fungsi itu, bagi orang Islam, rumah juga merupakan tempat untuk mereka mencari pahala dengan melakukan beribadat atau berbuat kebajikan.

Akan tetapi, ada juga seorang Muslim yang meskipun telah melakukan ibadat dan kebajikan di dalam rumahnya tetapi dia tetap tidak mendapat pahala kerana malaikat tidak dapat masuk ke dalam rumah mereka.

Atas sebab-sebab tertentu para malaikat tidak dapat masuk ke dalam rumah seorang Muslim itu tidak kira betapa banyak amal ibadat telah dia lakukan.

Menurut ketua persatuan Quran dan Hadis Indonesia, Ustaz Fauzan Amin terdapat beberapa perkara atau makhluk seperti patung atau berhala yang boleh menjadi penghalang kepada malaikat dari memasuki sesebuah rumah.

Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu, Rasulullah SAW bersabda,

Malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang didalamnya terdapat patung-patung atau gambar-gambar.” (HR. Muslim: 5545)

Namun, pendapat mengenai meletak gambar dalam rumah telah menimbulkan perselisihan faham dikalangan ulama kerana mereka mempunyai pendapat yang berbeza.

Hadis Jabir radhiallahu anhu berkata,

Rasulullah SAW melarang adanya gambar di dalam rumah dan beliau melarang untuk membuat gambar.” (HR. At-Tirmizi: 1671).

Menurut penerangan Ustaz Fauzan perkara terakhir yang boleh menghalang mailakat dar masuk ke dalam rumah adalah membela anjing.

Perkara ini juga telah menimbulkan pelbagai pendapat yang berbeza dimana Imam Nawawi membenarkan pembelaan anjing jika ia dibela untuk tujuan memburu atau menjaga tanaman atau lain-lain benda.”

-utaranews.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *