Tips Untuk Rumahtangga Bahagia Dari Ustaz Kazim Elias

Pada zaman ini masyarakat lebih memilih untuk mendirikan rumah tangga diusia muda. Dengan usia yang muda mereka perlu fikir hal-hal duniawi, kerja dan rumahtangga bukanlah sesuatu yang mudah.

Perkahwinan ini adalah amanah yang diberikan oleh Allah SAW kepada suami untuk membimbing isteri dan anak-anak menjadi insan yang soleh dan solehah. Suami isteri perlu menjaga keutuhan rumah tangga mereka, mengekalkan hubungan hingga ke syurga dan banyak lagi perkara yang harus dijaga.

Disini terdapat beberapa pesanan daripada Datuk Ustaz Kazim Elias yang sangat berguna agar dapat membina rumah tangga yang bahagia.

1. Jangan Puji Orang Luar

Jangan sesekali puji orang luar seperti jiran, saudara atau sesiapa saja secara berlebihan. Ini akan membuatkan pasangan akan merasa aeperti dibandingkan. Jangan bangkitkan api cemburu dan kemarahan pasangan jika mahukan keluarga yang harmoni.

2. Jangan Tinggikan Suara

Jangan sesekali menjerit dan meninggikan suara kepada pasangan anda. Perbuatan ini adalah sangat kurang sopan baik lelaki mahupun perempuan. Sebaiknya gunakan bahasa yang lembut dengan nada yang rendah agar tidak mengguris hati pasangan anda. Penting untuk menjaga hati antara satu sama lain untuk mewujudkan keluarga yang bahagia.

3. Jangan Abaikan Pasangan

Sentiasa ibaratkan pasangan seperti kawan yang paling rapat dengan kita, bercerita dan berkongsilah tak kira apa pun cerita dengan pasangan anda. Sentiasa berusahalah untuk menjadi pendengar yang baik jangan sesekali abaikan bila pasangan anda ingin meluahkan perasaan mereka.

4. Jangan Berbohong

Ini sangat penting. Jangan sesaki cuba untuk berbohong dengan pasangan anda. Kerana Allah SAW telah berjanji bahawa tiada tempat untuk pembohong di dalam syurga nanti.

5. Elakkan Jauh Dari Isteri

Jangan lah sesekali menjauhkan diri dengan pasangan. Seperti suami meninggalkan isteri dengan sengaja tanpa sebab munasabah. Perbuatan seperti ini sangat keji dan dibenci. Suami tidak patut menjauhkan diri daripada isteri walaupun ketika isteri sedang dalam period.

6. Sentiasa Mengaku Salah

Sebaiknya mengakui kesilapan yang telah dilakukan, sentiasa memohon maaf pada pasangan setiap kali buat salah. Sikap pentingkan diri hanya akan membawa bencana di dalam rumah tangga.

Cabaran berumah tangga sememangnya mematangkan kita. Kematangan dan cara kita berdepan dengan masalah serta bagaimana rasionalnya kita menghadapinya adalah kunci mengekalkan rumah tangga bahagia. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *