Toshiba jual perniagaan televisyennya kepada Hisense

TOSHIBA yang mengumumkan kerugian AS$436 juta (RM1.8 bilion) bagi separuh pertama 2017, memutuskan menjual perniagaan televisyennya kepada syarikat China, Hisense Group.

Toshiba bersetuju menjual 95 peratus saham Toshiba Visual Solutions (TVS) dengan harga RM478 juta.

“Toshiba mempertimbangkan penyusunan semula yang akan memperkukuh kedudukan kewangan

“Syarikat tidak lagi mampu melabur dalam pengurusan sumber dan melaksanakan langkah-langkah untuk terus kukuh berikutan persaingan sengit dalam perniagaan televisyen,” kata kenyataan konglomerat Jepun itu.

Pengumuman penjualan perniagaan televisyen itu dibuat sehari selepas Toshiba mengumumkan kerugian RM1.8 bilion terbabit ketika ia sedang berusaha melengkapkan urusan penjualan pernigaan cip bernilai berbilion ringgit.

September lalu, Toshina menyatakan ia menandatangani persetujuan menjual perniagaan cip itu kepada konsortium diterajui pelabur Amerika, Bain Capital, yang turut disertai Apple dan Dell serta pembuat cip Korea Selatan, SK Hynix.

Segmen cip untuk peralatan rumah hingga ke reaktor nuklear menyumbang satu pertiga pendapatan tahunan Toshiba.

Sumber – hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *