UMNO di Pulau Pinang lemah dan hanya tahu tidur.. – PPBM

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Pulau Pinang mendakwa UMNO dan Barisan Nasional (BN) tiada harapan untuk merampas kembali negeri Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) yang akan menjelang tidak lama lagi.

Setiausaha PPBM Tasek Gelugor, Datuk Jasmin Mohamed berkata, UMNO perlu berasa bimbang, gusar dan takut akan kehilangan lebih banyak kerusi setelah menjadi pembangkang untuk penggal kedua.

“Apakah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr Seri Zahid Hamidi lupa sejak 2008 hanya Umno yang mampu bertahan untuk menang 11 kerusi Dun, sementara Gerakan tidak menang satu kerusi pun.

“Begitu juga dalam pilihan raya umum yang ke 13 terbukti Gerakan sekali lagi ditolak oleh majoriti pengundi Cina setelah DAP menjadi pilihan.

“Seandainya percaturan tersebut dijadikan perkiraan, sudah tentu Umno dan BN bertambah laju denyut nadinya, tercungap-cungap kerana bimbang jika kalah lebih banyak kerusi kepada Pakatan Harapan (PH),” katanya.

Malah, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Dua itu mendakwa Umno dan BN umpama perumpamaan bidalan Melayu, hidup segan, mati tidak mahu. Beliau juga mendakwa MCA tiada harapan untuk kekal menang.

“Sekiranya Gerakan dan MCA juga ditolak, apa lagi yang boleh diharapkan dari kerusi MIC pula di Pulau Pinang bagi memenangkan BN.

“Sejarah juga membuktikan Umno hanya tinggal nyawa-nyawa ikan di Pulau Pinang.

“PRU 2013 pula menyaksikan Umno kalah satu lagi kerusi jika dibezakan dengan PRU 2008 menjadikan mereka hanya tinggal 10 kerusi”.

“Sekali lagi PH akan pastikan Umno dan BN tidur nyenyak untuk tempoh lima tahun yang akan datang.

“Sekiranya ahli Bersatu di Pulau Pinang sahaja sudah melebihi 10,000 orang, apakah Umno tidak sedar bahawa nama-nama ahli mereka juga semakin susut dan sepatutnya tidak kekal lagi dalam rekod.

“Sebaliknya keahlian PH semakin meningkat dan menjadi cabaran yang hebat kepada Umno dan BN menjelang PRU ke 14 yang akan datang tidak lama lagi,” katanya.

Betulkah ahli PPBM di Pulau Pinang sudah melebihi 10,000 orang ataupun itu hanya sekadar anggaran kosong? Ia bukan satu pelik dan baru apabila pembangkang bercakap besar dengan kata-kata kosong.

UMNO dan BN di Pulau Pinang tidak pernah “tidur”, sebalik sering mendekati rakyat untuk memahami permasalahan rakyat.

Ini dapat dilihat apabila jentera-jentera UMNO dan BN bergerak pantas untuk membantu mangsa-mangsa banjir di negeri Pulau Pinang baru-baru ini.

Kira-kira 300 sukarelawan Biro Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) UMNO dan Mahasiswa Turun Parlimen (MANTAP) berkampung di Pulau Pinang bagi membantu mangsa banjir.

Jurucakap Sekretariat Mahasiswa Turun Parlimen (MANTAP) Sesi 7, Mohd Fadzli Naim, berkata, ia termasuk membersihkan kawasan yang dilanda banjir dan menyerahkan bantuan kepada keluarga mangsa.

“Daripada 300 sukarelawan itu, 100 daripadanya ialah peserta MANTAP dan selebihnya sukarelawan daripada Biro IPTS UMNO,” katanya.

Malah, Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman turun padang sejak 4 november bagi memantau perkembangan banjir serta mengiringi pemimpin negara memberi bantuan.

Bukan seperti pemimpin-pemimpin PPBM yang hanya turun melawat mangsa banjir selepas banjir surut. Itupun kerana Tun Dr Mahathir Mohamad turun, jika tidak langsung tidak nampak bayang pemimpin tempatan PPBM khususnya Jasmin. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *