Usop Mentor Buat Ibu Bapanya ‘Susah Hati’ Selama 2 Tahun?

Bapa Usop Mentor, Muhammad Noor, 46 tahun telah membuat satu pendedahan mengenai perangai sebenar Usop sewaktu kecil yang membuatkan dia dan isterinya berasa ‘susah hati’ selama dua tahun.

Menurut bapanya, sebaik sahaja Usop dilahirkan, dia dan juga isterinya telah diberikan satu dugaan yang besar ini kerana sejak dari hari dia dilahirkan, Usop tidak berhenti menangis.

Tangisan Usop itu akan bermula dari Maghrib dan berterusan sehingga ke Subuh tanpa henti.

Yang menambahkan lagi rasa ‘susah hati’ kedua ibu bapa Usop adalah tangisan Usop itu telah berterusan selama dua tahun.

Meskipun, mereka berdua telah mencuba pelbagai cara untuk menghentikan tangisan Ucop itu tetapi tetap juga tidak berjaya.

Ibu bapa mana yang tidak akan berasa susah hati jika anak mereka yang masih kecil menangis tanpa henti. Itu sudah cukup merungsingkan kerana punca tangisan itu tidak diketahui.

Namun begitu, bapa Ucop tetap postitif dan menganggap yang ada hikmah disebalik semua dugaan yang melanda dia dan juga isterinya.  Malah, itu juga tidak membuktikan yang mereka berasa sukar untuk membesarkan Usop.

Siapa sangka, rupa-rupanya tangisan tanpa henti Usop selama dua tahun itu adalah sebahagian daripada latihannya untuk menjadi seorang penyanyi apabila dewasa seperti sekarang.

Mungkin Usop adalah Ahmad Albab versi moden yang akan berhenti menangis apabila seseorang mengetukkan pintu seperti di dalam cerita P.Ramlee, Ahmad Albab. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *