Walaupun Dipuji Tok Ram, Haida Hafiz Tak Cukup Aura Untuk Jadi Juara #GV4

Nama Haida Hafiz mungkin agak kurang dikenali tetapi penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Zapin Usik Mengusik’ bersama kumpulan Senario mula menjadi perbualan netizen selepas menyertai Gegar Vaganza 4 (GV4).

Namun, selepas konsert kedua GV4 yang berlangsung pada hari Sabtu lepas, Haida mula menerima kritikan pedas netizen dan juga penonton GV4 yang berasa tidak puas hati dengan markah yang diterima penyanyi itu.

Meskipun persembahan Haida pada malam itu mendapat pujian daripada juri professional, Datuk Ramli MS tetapi pada netizen Haida sebenarnya tidak mempunyai aura yang cukup untuk menjadi juara GV4.

Terutama sekali jika hendak dibandingkan dengan persembahan peserta-peserta lain seperti Liza Hanim, Aishah, dan juga Elyana pada malam itu. Malah, juri-juri juga tidak sepatutnya memberikan Haida markah yang tinggi kerana nyanyian Haida pada malam itu agak sengau.

Haida telah menyanyikan lagu ‘Gubahan Rindu Puisi Syahdu’, dan kalau hendak dibandingkan dengan nyanyian asal dari Fauziah Latiff mungkin kedengaran agak sedikit sengau tetapi Haida telah membawa lagu itu dengan caranya yang tersendiri. Jadi, mungkin itu faktor mengapa Haida boleh mendapat markah tinggi.

Apapun yang dikatakan netizen, harap itu semua tidak menjadi sebab yang boleh mematahkan semangat Haida untuk terus memberikan yang terbaik sewaktu berentap di pentas GV4. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *