Wan Azizah bergantung harapan kepada DAP untuk tawan Putrajaya

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilihat bergantung harapan kepada parti DAP yang diterajui Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang untuk tawan Putrajaya apabila beliau yakin dengan barisan kepimpinan baharu Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang dipilih pada Ahad lalu akan memperkuatkan usaha Pakatan Harapan untuk ke Putrajaya.

Pemilihan semula CEC DAP buat kali kedua ini tiada perubahan besar, ia menyaksikan kebanyakan barisan kepimpinan lama masih kekal menerajui parti itu. Itu pun hanya dua muka baharu sahaja yang dipilih.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengekalkan kedudukannya dalam barisan kepemimpinan parti pembangkang itu dengan mendahului senarai undi tertinggi dengan memperoleh 1,199.

Malah anaknya yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut kekal dan anak mendiang Karpal Singh, Gobind Singh Deo apabila masing-masing memperoleh 1,180 dan 1198 undi.

“Saya percaya dengan lengkapnya pemilihan CEC DAP ini, maka kesemua isu yang dibangkitkan ROS telah berjaya diselesaikan dengan baik.

“Semoga saf pimpinan DAP yang diiktiraf ini akan mengukuhkan persiapan DAP serta Pakatan Harapan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 nanti.

“Ayuh kita terus bergerak menuju Putrajaya!” kata Wan Azizah.

Kenapa Wan Azizah yang juga merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh bergantung harap dengan DAP? Apakah beliau tidak percaya dengan kemampuan PKR untuk menawan Putrajaya?

Apakah Wan Azizah juga tidak percaya dengan kemampuan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui Pakatan Harapan? –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *