Wanita Dihukum Kerana Mencuri Cheese Kek

Seorang wanita bersama anak perempuannya yang berusia 21 tahun telah ditangkap kerana mencuri beberapa potong cheese kek yang bernilai USD250 atau dalam ringgit Malaysa kira-kira RM1060.

Disebuah pekan yang bernama New Skete yang terletak di New York, terdapat sekumpulan biarawati yang sangat terkenal dengan cheese kek mereka yang sangat lazat.

Selain menjualnya di kedai-kedai berhampiran dengan harga USD49 atau sekitar RM200, cheese kek buatan mereka juga diletakkan di ‘Kedai Kejujuran’ iaitu di sebuah kedai cenderamata yang terletak di kawasan asrama mereka.

Kedai yang sengaja dibina oleh mereka ini memilih konsep membeli sambil menderma. Pengunjung hanya perlu mengambil kek keju tersebut, tulis nama dan tinggalkan duit di tempat yang telah disediakan. Oleh disebakan ini

Kedai Kejujuran ini memang sengaja dibiarkan tanpa pengawasan, kerana mereka sangat percaya dengan sifat baik dan jujur yang ada dalam diri setiap manusia.

Walaubagaimana pun kepercayaan mereka telah disalah gunakan oleh wanita ini dengan anak perempuannya. Perbuatan jahat mereka telah ditangkap melalui kamera pengawasan yang dipasang di dalam kedai tersebut.

Menurut laporan dari ABC News 10, kes kecurian cheese kek ini bukanlah kejadian yang pertama kali berlaku. Sebelum ini seorang wanita berusia 45 tahun yang berasal dari Arlington telah ditangkap kerana mencuri beberapa potong cheese kek dan juga roti.- utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *