Wanita Hilang RM235,163 Selepas Terima Kawan Yang Salah Di Facebook

Seorang wanita bernama Patricia Meister dari Queentown, Australia mendapati dirinya telah terperangkap dalam cinta atas talian palsu selepas ‘kekasih’nya itu bukan sahaja telah melukakan hatinya tetapi juga akaun banknya.

Lelaki yang dikenali sebagai ‘Carlos’ itu telah berjaya menyakinkan Meister untuk memberinya wang sebanyak AUD100, 000 (RM325, 163) sebelum rahsianya terbongkar.

Meister mula mengenali ‘Carlos’ apabila dia menghantar ‘friend request’ di Facebook pada tahun 2015. Waktu itu, Meister bujang dan tiada pengalaman mengunakan temu janji atas talian, jadi dia fikir tiada masalah jika dia menerima ‘Carlos’ sebagai kawan.

Saya tidak pernah gunakan laman web temu janji, dan saya hanya gunakan Facebook untuk berniaga.  Jadi, bila saya dapat permintaan itu, saya fikir ia tidak akan memberikan sebarang masalah, bolehkan?

Saya rasa pada waktu itu, saya sedang melalui tempoh dimana saya rasa terpinggir.  Saya telah bersendirian untuk seketika dan saya tidak pernah berada dalam laman temu janji.

Meister mengatakan ‘Carlos’ adalah seorang duda yang tersangat romantik dan kini sedang mencari hubungan serius.  Dia juga mengunakan bahasa Inggeris yang baik, seorang pereka dalaman dan inggal di bandar berdekatan.

Semua itu tidak menimbulkan sebarang keraguan pada Meister dan dia mengakui telah jatuh cinta pada ‘Carlos’.  Namun, keraguan mula timbul sewaktu hubungan atas talian mereka bertukar menjadi perbualan telefon.

Sewaktu saya mula-mula bercakap dengannya, saya dengar suaranya tetapi dia mempunyai dialek berbeza dengan apa saya jangkakan. Saya tidak biasa dengan dialek dia pada waktu itu, tetapi fikirkan tentang itu sekarang dia pasti orang Afrika, Nigerian.

Hubungan cinta itu berterusan selama lapan minggu sebelum “Carlos” meminta Meister $600 (RM2,000) dengan alasan kad kreditnya tidak boleh digunakan di Malaysia. Namun, jumlah wang yang diminta menjadi semakin besar.

‘Carlos’ juga memberi pautan untuk Meiser kesan duit yang dipulangkannya melalui kurier tetapi bungkusan itu telah ditahan di lapangan terbang Kuala Lumpur dan Melborna kerana memerlukan “yuran” sebanyak $25,000 (RM81,290).

Malah, pada hari bungkusan itu tiba, Carlos terlibat dengan kemalangan dan memerlukan duit. Detik itu, Meister mula tersedar yang disebenarnya telah ditipu.

Ketika itu saya tahu yang saya telah ditipu.  Saya beritahu dia saya tidak akan hantar duit lagi.  Tidak lama itu, dia tiba-tiba sudah ‘sembuh’ tetapi saya berhenti bercakap dengannya sejak dari itu.

Miester kemudian membuat laporan polis dan enggan membayar sebarang “yuran” tambahan untuk bungkusan itu.

Orang fikir saya bodoh tetapi mereka tidak berada di tempat saya. Ia bukan perkara bodoh. Malah wanita yang paling bijak, berpelajaran juga ditipu.

-utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *