Wanita Rogol Lelaki Bukan Lagi Cerita Dongeng.. Ini Buktinya..

Sejak kebelakangan ini selalu kita terdengar atau terbaca berita tentang kes rogol kan? Tapi bila bercerita tentang kes rogol ni mestilah lelaki yang rogol wanita yang akan terlintas dalam filiran kita kan. Dan secara automatik kita akan berasa simpati terhadap mangsa rogol berkenaan.

Tapi macam mana pula kes perempuan yang merogol lelaki? Pelik kan? Kadang-kadang rasa macam tak percaya kan perkara macam ini boleh terjadi dalam mayarakat kan..

Walaupun pelik tetapi ianya adalah benar, berikut adalah 4 fakta kes perempuan rogol lelaki yang mungkin anda tidak pernah tahu;

4 Wanita Rogol Seorang Lelaki Di Kanada

Seorang remaja lelaki berusia dalam lingkungan 19 tahun bertemu dengan empat orang wanita di sebuah kelab malam. Mereka menawar untuk menghantar remaja lelaki berkenaan pulang ke rumah. Tetapi, dengan tidak semena-mena empat orang wanita tersebut telah memperkosa remaja lelaki itu ditempat letak kereta.

Selepas seminggu kejadian, remaja lelaki berkenaan tampil membuat laporan polis, namun tiada sebarang penangkapa dibuat dan pihak polis juga tidak mendedahkan kes ini secara terperinci. Kes ini berlaku kira-kira 4 tahun lepas.

Perompak Yang Ditangkap Dijadikan Hamba Seks

Seorang lelaki Viktor Jasinski telah mengaku bahawa tujuannya pergi ke salon itu adalah untuk merompak tetapi nasibnya tidak baik apabila pemilik salon berkenaan, seorang wanita mempunyai tali pinggang hitam (black belt). Wanita itu telah menendang dan menheretnya ke belakang kedai kemudia mengikatnya menggunakan wayar pengering rambut.

Viktor mendakwa dia ditelanjangkan dan dijadikan hamba seks selama tiga hari dan dia juga telah dipaksa makan pil viagra sebagai pengajaran kerana mahu merompak.

Ketua Rukun Tetangga Rogol 6 Lelaki Bawah Umur

Ini merupakan kes pertama mendapati wanita merogol lelaki di Indonesia sekitar tahun 2011 hingga 2012. Seorang wanita berusia dalam lingkungan 40 tahun telah menjadikan enam orang lelaki bawah umur sebagai tempat dia memuaskan nafsu.

Dia membuat pengakuan tidak merasa puas dengan suaminya sehngga membuatkan dia bertindak untuk mencari lelaki-lelaki muda dan memaksa mereka melayani nafsu seksnya. Enam lelaki bawah umur itu mengaku telah menjadi mangsa perbuatan terkutuk wanita itu.

Wanita Cantik Rogol Lelaki

Seorang wanita yang dikenali sebagai Valeria telah menggunakan racun labah-labah untuk menangkap mangsanya. Kes ini didapati mencurigakan kerana terdapat ramai pesakit lelaki yang mempunyai masalah yang sama iaitu mengalami keracunan dan kecederaan pada alat sulit.

Namun kes ini tidak mendapat laporan polis sehingga pada satu hari, sorang lelaki telah tampil membuat aduan dimana mereka telah dijemput ke sebuah apartmen milik seorang wanita cantik untuk minum-minum.

Rupanya, disitu mereka tekah diracun dan membuatkan mereka tidak sedar selama 24 jam. Wanita itu telah mengikat dengan ketat kemaluan mereka dengan tali untuk memastikan ‘anu’ tersebut menjadi tegak, lalu merogol mereka.

Polis telah menganggarkan terdapat lebih daripada 50 orang mangsa, tetapi mereka tidak melaporkan kes ini kepada pihak berkuasa kerana malu.

Terkejut kan..bila fikir balik, perempuan-perempuan yang sanggup melakukan perkara seperti ini pasti mempunyai masalah mental. Zaman sekarang ni, orang lelaki dan perempuan sanggup buat apa sahaja demi mendapatkan segala kemahuan mereka. Berhati-hati lah ye. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *