Wanita Vietnam amal cara pelik makan daging tikus untuk kekal awet muda

Setiap wanita mempunyai cara tersendiri untuk kekal cantik dan awet muda. Jika di Korea, wanita di sana menghabiskan wang untuk melakukan pembedahan plastik untuk memiliki wajah yang cantik.

Berbeza wanita di Vietnam yang mengamalkan cara pelik untuk kekal awet muda iaitu dengan memakan daging tikus untuk tetap muda.

Bagi wanita Vietnam, mereka percaya bahawa daging tikus membuatkan wajah mereka lebih muda. Mereka juga beranggapan daging tikus sihat dan baik untuk kesihatan.

Tetapi, tikus yang mereka makan bukanlah tikus yang kotor tu, tapi tikus dikawasan sawah.

Tikus di kawasan bandar sememangnya kotor kerana makanan mereka adalah sambah. Tikus di sawah pula dianggap sihat kerana mereka makan nasi.

Bagi masyarakat Vietnam pula, mereka percaya tikus sawah juga bagus untuk menyembuhkan sakit belakang.

Wanita Vietnam percaya bahawa daging tikus sawah mengandungi asid amino yang membantu pertumbuhan semula kulit untuk kelihatan lebih cerah dan muda.

Sumber – sehinggit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *