Wanita warga emas maut dipercayai diserang kucing liar

TOKYO – JEPUN. Polis Jepun menyiasat cubaan membunuh seorang wanita warga emas terlantar di rumahnya yang dipercayai diserang oleh kucing liar, lapor Metro.uk

Mangsa, Mayuko Matsumoto, 82, ditemui dengan pendarahan serius akibat lebih 20 kesan luka di wajah oleh anak perempuannya.

Media tempatan, RRK melaporkan pihak polis menyiasat kes tersebut sebagai cubaan membunuh setelah melihat luka dialami mangsa.

“Saat kami menemuinya, dia mengalami pendarahan dari bahagian dagu dan ke atas.

“Mukanya dipenuhi darah. Saya tidak tahu apa yang berlaku,” kata anak perempuan mangsa.

Pihak berkuasa yang pada mulanya menemui jalan buntu berkaitan kes itu mula menyedari bahawa kesan luka di wajah mangsa menyerupai cakaran kucing.

“Polis kemudiannya menjumpai seekor kucing liar di kawasan rumah mangsa dan kini menganalisis sampel darah yang ditemui pada kuku haiwan tersebut,” lapor wartawan NHK.

Bagaimanapun, jurucakap polis enggan mengulas mengenai kes tersebut namun tidak menafikan berita yang disampaikan media.

Sumber – sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *