Wonder Woman Kini Filem Superhero Paling Laris Di Seluruh Dunia

Warner Bros. DC Extended Universe mempunyai permulaan yang goyah tetapi mula mendapat kedudukan yang selesa melalui filem Wonder Women.

Ini kerana bukan sahaja dipertimbangkan untuk Academy Awards tetapi kini Wonder Women telah menjadi filem ‘superhero’ yang mendapat pendapatan paling tinggi.

Menurut Forbes, jumlah keseluruhan ‘box office’ di seluruh dunia untuk filem Wonder Woman semalam telah mencapai sebanyak $821.74 juta, mendahului filem Spider-Man (2002).

Bagi merasai kesegitan persaingan jumlah kutipan itu, filem Spider-Man telah berakhir dengan kutipan sebanyak $821.7 juta.

Patty Jenkis juga dikatakan telah menandatangi perjanjian untuk sekuel Wonder Woman, dan Gal Gadot pula bakal kembali menjadi Wonder Woman dalam filem Justice League yang akan keluar tidak lama lagi.

Pelakon Man of Steel dan Batman v Superman, Henry Cavill mengatakan filem DCEU sebelum Wonder Women adalah silap langkah.

Terdapat satu gaya yang mereka cuba lakukan, satu percubaan untuk menjadi berbeza dan melihat perkara dari perspektif sedikit berbeza, yang tidak semestinya berhasil.

Ya, ia menghasilkan wang tetapi ia bukan kejayaan kritikal, ia tidak memberikan sensasi yang superhero patut beri kepada penonton. Saya rasa sekarang kesilapan betul telah dibuat dan kami boleh mula bercerita dalam cara mereka perlu diceritakan.

Lebih baik kembali dari kesilapan ke dalam urat yang betul kerana akan membuatkan ia kelihatan lebih kuat.  Wonder Women adalah langkah pertama dalam arah yang betul.

Sementara itu, sekuel Wonder Woman yang masih belum bertajuk itu akan mengikuti pengembaraan Diana of Themyscira selepas Perang Dunia I ke Perang Dingin tahun 80-an. Dijangka akan memulakan penggambaran pada bulan Julai 2018 dan keluar dipawagam pada bulan Disember 2019. –utaranews.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *