Wow! Dua Biji Burger Lebih Sihat Berbanding Makan Kentang Goreng

Makanan segera memang sangat popular di Malaysia sekarang ni. Dari anak kecil sehinggalah yang dewasa sangat menggemarinya terutama sekali burger. Terdapat pelbagai jenis dan rasa burger yang dijual sehinggakan kita tidak dapat memilih mana satu untuk dijadikan kegemaran kan.

Secara umumnya semua orang mengetahui, burger atau mana-mana makanan segera yang lain sangat tidak baik untuk kesihatan, tetapi makanan ini juga paling mudah untuk didapati dan simple jika kita sudah penat seharian bekerja bukan.

Bagaimanapun, disini ada caranya untuk anda makan burger dengan sihat dan buatkan rasa bersalah pada diri tu kurang. Secara lazimnya kita akan memesan satu set hidangan iaitu burger, kentang goreng dan air kan..ternyata ianya bukan satu pilihan yang tepat.

Sebaiknya anda memesan dua burger dengan satu air berbanding satu burger berserta kentang goreng. Ya pelik bukan!

Menurut seorang pakar yang ditemui oleh Business Insider, penggandaan jumlah protein dalam dua biji burger itu akan membuatkan anda berasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama. Tambahan pula anda boleh mengurangkan pengambilan kalori dan jumlah karbohidratnya juga tidak sebanyak dengan kentang goreng.

Walaupun pengambilan karbohidrat itu penting untuk kesihatan badan, namun jika diambil dengan kandungan yang tinggi ia akan membawa kepada kegemukan. Selain daripada itu, karbohidrat juga boleh meningkatkan kandungan gula dalam badan yang akan menjejaskan saluran darah.

Dengan pengambilan protein yang tinggi semasa makan akan menahan anda daripada merasa lapar ia disebabkan kandungan asid amino yang terdapat dalam protein yang menghalang hormon yang membuatkan anda berasa lapar.

Jadi tiada apa yang perlu diragu-ragukan lagi untuk anda membeli dua biji burger untuk dimakan. Buatlah pilihan yang sihat dan bijak ye. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *