Wow! Fattah Amin Jadikan Rasulullah SAW Sebagai Rujukan Cari Jodoh

Pelakon lelaki paling sensasi masa kini, Fattah Amin pernah mengatakan yang dia tidak akan menolak jika jodohnya suatu hari nanti adalah dengan wanita yang lebih berusia dan matang darinya.

Menurut Fattah, hal berkaitan jodoh dia telah menjadikan kisah Nabi Muhammad SAW sebagai rujukan. Jadi, dia tidak kisah siapa pun isterinya, tua atau muda, kerana semua itu adalah rahsia Allah SWT.

Malah menurutnya lagi, Nabi Muhammad SAW juga turut berkahwin dengan wanita yang 15 tahun lebih tua daripadanya.

Tapi, tak kan sebab jodoh tua, muda baru nak jadikan Nabi Muhammad SAW sebagai rujukan, bukan seluruh kisah hidup Nabi Muhammad SAW yang sepatutnya perlu diambil dan dijadikan sebagai panduan hidup semua Muslim di dunia ini.

Janganlah bab jodoh, kahwin baru nak jadikan kisah hidup Nabi Muhammad SAW sebagai rujukan dan contoh sedangkan sebelum ini tidak digunakan pun. Bukan mahu mengkritik, bagus sebenarnya pemikiran Fattah itu, tetapi jangan semata-mata sebab jodoh saja.

Mungkin itu juga adalah satu petanda yang Fattah Amin sudah bersedia untuk mengahwini wanita yang 7 tahun lebih tua daripadanya. Itu masih lagi menjadi persoalan. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *